Pengambilan buah-buahan dan penilaian sensori: kajian kes di Seberang Jaya Pulau Pinang / Hussin Khan Rahmatullah Khan, Mohamad Azli Razali and Khairul Hidayat Rezo

Rahmatullah Khan, Hussin Khan and Razali, Mohamad Azli and Rezo, Khairul Hidayat (2009) Pengambilan buah-buahan dan penilaian sensori: kajian kes di Seberang Jaya Pulau Pinang / Hussin Khan Rahmatullah Khan, Mohamad Azli Razali and Khairul Hidayat Rezo. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian dijalankan untuk menentukan pengambilan buah-buahan di kalangan 200 orang penduduk Seberang Jaya Pulau Pinang dan sensori buah-buahan yang terpilih. Kaedah persampelan secara rawak dilakukan ke atas penduduk yang berumur 19 hingga 52 tahun dan telah dijalankan di beberapa tempat sekitar Seberang Jaya Pulau Pinang. Borang kaji selidik digunakan dan subjek ditemuramah untuk mengumpulkan maklumat corak pengambilan buah-buahan. Seterusnya varieti buah-buahan dikenalpasti daripada 3 jenis buah-buahan yang mencatatkan min pengambilan tertinggi untuk dinilai tahap penerimaan sesuatu buah-buahan. Responden kajian terdiri daripada 60% perempuan dan 40% lelaki, 57% adalah bujang manakala 43% berkahwin. Kebanyakan responden kajian adalah kakitangan kerajaan (40%), diikuti pelajar (26%), kakitangan swasta (18%), bekeija sendiri (9%) dan tidak bekeija (7.0%). Min umur keseluruhan subjek kajian adalah 27 tahun. Manakala min pengambilan buah-buahan untuk kesemua subjek adalah 1.85 hidangan sehari iaitu satu nilai yang rendah berbanding nilai saranan. Buah yang paling kerap dimakan adalah Epal Merah iaitu 1.30 hidangan sehari dengan masa lapang adalah masa paling sesuai buah-buahan diambil untuk dimakan. Penilaian sensori menunjukkan Red Delicious paling disukai bagi kategori epal, pisang mas bagi kategori pisang manakala Valencia bagi kategori sitrus.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rahmatullah Khan, Hussin Khan
UNSPECIFIED
Razali, Mohamad Azli
UNSPECIFIED
Rezo, Khairul Hidayat
UNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture
S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture > Marketing
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply > Examination and analysis. Composition. Adulteration
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply > Examination and analysis. Composition. Adulteration > Dietary studies, food values, experiments, tests, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Keywords: Pengambilan Buah-Buahan, Epal Merah, Red Delicious
Date: December 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41656
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41656.PDF] Text
41656.PDF

Download (98kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

ID Number

41656

Indexing

|

Statistic

Statistic details