Keperluan maklumat di kalangan pelajar diploma pengurusan maklumat di kampus UiTM Kedah, Kelantan dan Johor / Rosli Hassan ... [et al.]

Hassan, Rosli and Mohammed Ghazali, Asmadi and Ahmad, Azree (2006) Keperluan maklumat di kalangan pelajar diploma pengurusan maklumat di kampus UiTM Kedah, Kelantan dan Johor / Rosli Hassan ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian tentang keperluan maklumat di kalangan pelajar Diploma Pengurusan Maklumat ini dijalankan di tiga buah kampus cawangan Universiti Teknologi MARA yang menawarkan program pengajian ini. Seramai 441 responden telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini, antara lain mendapati, bahawa perkhidmatan perpustakaan yang disediakan di ketiga-tiga cawangan ini dapat membantu responden dalam memenuhi keperluan maklumat. Koleksi perpustakaan serta kakitangan perpustakaan di ketiga-tiga cawangan ini masih belum dapat memnuhi keperluan maklumat di kalangan responden. Responden mennyatakan bahawa tahap koleksi perpustakaan di bidang Pengurusan Maklumat masih tidak dapat memenuhi keperluan maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran mereka. Bagi mengatasi masalah ini, responden beralih kepada sumber- sumber lain bagi memenuhi keperluan maklumat ini. Responden juga berpendapat bahawa sikap kakitangan perpustakaan dalam memberi perkhidmatan tidak banyak membantu responden dalam usaha mereka memenuhi keperluan maklumat mereka. Antara cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik adalah untuk mengwujudkan Jawatankuasa Pemilihan Buku di peringkat fakulti/ jabatan, latihan kepustakawanan bagi kakitangan perpustakaan serta kursus kemahiran komunikasi dalam usaha memenuhi keperluan maklumat pelajar-pelajar Diploma Pengurusan secara khusus, serta semua pelajar-pelajar di kampus cawangan berkenaan, secara amnya.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41444.pdf] Text
41444.pdf

Download (117kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

41444

Indexing

Statistic

Statistic details