Kajian pemeliharaan fasad bangunan rumah kedai tradisional dl Kuala Lumpur. kajian kes : Jalan Petaling, Chinatown. / Shafiru Ab. Ghani

Ab. Ghani, Shafiru (2002) Kajian pemeliharaan fasad bangunan rumah kedai tradisional dl Kuala Lumpur. kajian kes : Jalan Petaling, Chinatown. / Shafiru Ab. Ghani. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Negara kita Malaysia sememangnya amat kaya dengan nilai tinggalan dan warisan sejarah serta senibina lampau. Ini adalah terhasil daripada perkembangan masyarakat zaman silam sehinggalah sekarang. Bangunan rumah kedai tradisional juga adalah salah satu aset berharga bagi negara kita. Pemilihan Jalan Petaling, Chinatown sebagai tempat kajian kes dibuat adalah kerana kawasan ini merupakan salah satu daripada kawasan penempatan awal di Kuala Lumpur Kajian yang dijalankan adalah lebih tertumpu kepada pemeliharaan fasad bangunan rumah kedai tradisional yang terdapat di Jalan Peta!ing: Chinatown. Ini kerana fasad bangunanlah yang akan mencerminkan indah atau buruknya sesuatu kawasan atau penempatan. Kajian pemeliharaan rumah kedai tradisional ini bertujuan mengenalpasti isu, masalah, potensi dan keadaan semasa yang berkaitan dengan rumah kedai tradisional. Kajian dilakukan dengan melibatkan kajiselidik pengamatan dan temubual dengan orang ramai, pemilik atau penyewa bangunan dan Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan kajian (DBKL). Hasil kajian mendapati bahawa kawasan kajian sememangnya berada di dalam program pemeliharaan oleh pihak DBKL. Walaubagaimanapun, pihak DBKL tidak menekankan aspek penjagaan fasad bangunan dan lebih kepada pemeliharaan kawasan. Orang ramai dan pemilik / penyewa bangunan rumah kedai tradisional juga menyokong pemeliharaan bangunan dilakukan di kawasan kajian kerana merasakan ianya berpotensi dan menarik terutamanya dari segi fasad dan senibinanya. Kajian juga mengenalpasti beberapa isu dan masalah yang perlu diatasi jika mahu melihat program pemeliharaan bangunan rumah kedai tradisional ini berjaya Cadangan-cadangan yang dirasakan perlu juga telah digariskan dan diharapkan ianya mendapat tindakan susulan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan program pemeliharaan bangunan terutamanya fasad bangunan rumah kedai tradisional ini berjaya mencapai matlamatnya

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab. Ghani, Shafiru
2000202885
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Building inspection
T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Bachelor of Building Surveying (Hons.)
Keywords: Fasad, Rumah kedai, Tradisional, Kuala Lumpur
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41098
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41098.pdf] Text
41098.pdf

Download (118kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

41098

Indexing

Statistic

Statistic details