Abstract
Pada masa ini, iaitu di zaman yang serba moden canggih ini, telah kita ketahui banyaknya barangan yang serba lengkap dan moden yang dijual seeara komersial untuk meniudahkan serta memberi keselesaan dalam kehidupan harian seseorang. Antara barangannya ialah katil tetapi kami telah mencipta sebuah katil yang diberi nama katil istimewa. Katil ini menggunakan sistem motor yang menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkannya. Bermaksud disini ialah gerakan pada bahagian-bahagian yang tertentu sahaja. Dengan hanya menekan suis, kelambu yang disokong oleh bingkai-bingkai aluminium yang terdapat pada katil akan berbuka dan tertutup dengan sendirinya. Seperti yang kita lihat di pasaran sekarang ini , kebanyakkannya hanyalah katil biasa, tetapi dengan adanya katil istimewa ini diharap dapat memberi keselesaaan dan kemudahan yang sepenuhnya disamping beberapa keistimewaannya seperti dari faktor harga, kemudahan dan keselesaan. Setelah kami menyelidik dan meneliti dari pelbagai sudut iaitu dari sudut perbelanjaan dan pembuatan kami dapati bahawa barangan ini adalah istimewa dan praktikal untuk dihasilkan seterusnva diperkenalkan. Katil istimewa ini dilengkapi dengan kemudahan lain iaitu ia mempunyai set almari solek, almari pakaian dan kelambu mekanisma. Hasil daripada itu katil ini dapat menjimatkan ruang didalam bilik. Ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada katil istimewa ini selaras dengan kehendak masyarakat yang hidup dalam keadaan serba moden ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zolkarnaine, Jonet 91715882 Kamarudin, Mohamad Nor 92208787 Zuliana, Ismail 91382863 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Halim, Zahurin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Mechanics applied to machinery. Dynamics T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Bachelor of Legal Studies (Hons) |
Keywords: | Sistem Motor, Katil istimewa, |
Date: | May 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40899 |
Download
40899.pdf
Download (349kB)