Abstract
Akidah merupakan tunjang yang berperanan melahirkan individu yang mempunyai keyakinan tinggi kepada Allah s.w.t, seterusnya mampu membentuk jiwa yang tenang dan rohani yang seimbang dengan amalan hidup dan tingkah laku. Keruntuhan nilai akidah dalam diri seseorang boleh menjadi ancaman kepada
kesejahteraan diri dan masyarakat. Kekuatan akidah harus dikuasai oleh setiap individu muslim termasuk para pelajar bagi membersihkan mental, spritual dan fizikal daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Islam. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap
kefahaman berakidah di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Kajian ini menyentuh beberapa aspek utama dalam akidah seperti pengertian akidah, kepentingannya, asas-asas akidah atau rukun-rukun iman, perkara-perkara yang merosakkan akidah dan kaedah pengukuhannya.
Kaedah pengumpulan data dan maklumat dengan menggunakan borang soal selidik telah diaplikasi melibatkan pelajar semester akhir diploma dari Gugusan Sains Sosial Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Secara keseluruhannya hasit kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar terhadap
perkara asas akidah adalah baik dengan purata melebihi 4.00. Selain itu, hasil kajian juga mendapati tahap kefahaman pelajar adalah sama tanpa mengira jantina atau aliran yang diambil semasa di sekolah menengah. Oleh yang demikian, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan idea kepada pihak
pentadbiran, Hal Ehwal Pelajar dan Akademik ke arah merangka aktiviti dan program yang bersesuaian bagi memantapkan akidah para pelajar serta meningkatkan amalan berakidah ke tahap yang lebih baik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Asjad asjad@pahang.uitm.edu.my Othman, Muhammad Muzakkir ziekir@pahang.uitm.edu.my Abdul Wahab, Mohd Hafiz hafiz@pahang.uitm.edu.my Abd Wahid, Normilia normilia@pahang.uitm .edu.my Syed Wahid, Sharifah Norhuda sha_norhuda@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LC Special aspects of education > Moral and religious education L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 274-281 |
Keywords: | Kefahaman, Amalan, Akidah, Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40898 |