Abstract
Perkembangan sains dan teknologi moden masa kini secara umumnya mendatangkan kesan positif kepada
masyarakat dari semasa ke semasa. Penciptaan teleton pintar (smart phone) atau tablet telah menjadi satu
fenomena baru bukan sahaja kepada umat Islam malahan seluruh umat manusia seluruh dunia. Kajian ini
akan menyingkap aplikasi gajet (smart phone/tablet) dalam pembacaan Al-Quran secara digital terhadap
pelajar-pelajar Asasi (Undang-Undang & TESL) UiTM Kampus Kuantan Sesi 2012/2013. Dua objektif telah
ditetapkan iaitu mengenalpasti tahap pembacaan dan mengkaji kecenderungan pelajar menggunakan telefon
pintar atau tablet untuk membaca Al-Quran. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik manakala analisis data lebih menjurus kepada statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS 20.0
Kemudahan memuatnaik aplikasi Al-Quran secara digital ke dalam telefon pintar atau tablet menjadikan
manusia khususnya umat Islam lebih kerap membaca Al-Quran tanpa sempadan masa dan tempat. Oleh itu,
secara keseluruhannya. aplikasi Al-Quran dalam gajet moden meningkatkan ketakwaan umat Islam kepada
Allah SWT.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anas, Norazmi norazmianas@pahang.uitm.edu.my Ibrahim, Mohd Syahril syah86@pahang.uitm.edu.my Mat Dahan, Ahmad Fadhir ahmadfadhir@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Technology L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 173-178 |
Keywords: | Al-Quran, Islam, Telefon pintar & tablet |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40828 |