Analisis pembelajaran berasaskan permasalahan dan koperatif dalam fizik bagi pelajar diploma (Analysis of cooperative and problem based learning in physics for diploma students) / Ahmad Nazib Alias, Ahmad Zia Ul-Saufi Mohamed Japeri and Mohd Fahmi Zahari

Alias, Ahmad Nazib and Mohamed Japeri, Ahmad Zia Ul-Saufi and Zahari, Mohd Fahmi (2008) Analisis pembelajaran berasaskan permasalahan dan koperatif dalam fizik bagi pelajar diploma (Analysis of cooperative and problem based learning in physics for diploma students) / Ahmad Nazib Alias, Ahmad Zia Ul-Saufi Mohamed Japeri and Mohd Fahmi Zahari. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran secara berkumpulan bagi mencapai matlamat yang sama. Terdapat lima ciri-ciri pembelajaran koperatif. Ciri yang diperlu dalam pembelajaran koperatif ialah saling memerlukan antara satu sama lain, interaksi secara bersemuka antara ahli kumpulan, tanggunjawab induvidu, pemantauan adan kemahiran untuk belajar secara berkumpulan. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini adalah secara heterogeneous. Sebelum memulakan kajian, kami mendapatkan latarbelakang respodend seperti jantina, umur, alamat asal dan minat terhadap matapelajaran fizik. Jawapan responden-responden untuk soalan mengenai minat terhadap matapelajaran fizik menunjukkan 70.19% responden yang berminat terhadap matapelajaran fizik berbanding hanya 29.81% sahaja yang tidak berminat dengan matapelajaran tersebut. Kaedah pembentukkan kumpulan perlu melalui langkah- langkah berikut. Langkah pertama, mengumpul data latar belakang pelajar sebelum pembelajaran koperatif dijalankan. Kedua, melantik ketua kumpulan dikalangan pelajar yang mendapat cemerlang dalam SPM. Langkah seterusnya ialah ahli kumpulan yang mendapat keputusan sederhana dibahagi mengikut kumpulan. Disini pensyarah memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti pembelajaran pelajar mereka. Pensyarah juga perlu memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang ditetapkan. Daripada analisis yang dibuat didapati terdapat 43% pelajar yang gagal dalam matapelajaran fizik dengan menggunakan kaedah pembelajaran biasa. Manakala selebihnya 57% lagi pelajar yang lulus dalam matapelajaran ini. Jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran secara berkumpulan menampak peningkatan dari segi keputusan peperiksaan iaitu sebanyak 79% pelajar telah lulus dan 21% lagi gagal. Daripada keputusan ‘t-test\ dapat disimpulkan bahawa pembelajaran koperatif lebih berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran secara biasa.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40773.PDF] Text
40773.PDF

Download (114kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

40773

Indexing

Statistic

Statistic details