Abstract
Kajian ilmiah ini mengandungi bahan-bahan cerita, litar, carta dan gambarajah tentang tajuk tesis penulis iaitu Kegunaan Dan Penyambungan MIDI, Skop Kajian: Penggunaan MIDI di Studio Wan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, la merupakan satu kajian yang membongkarkan sedikit-sebanyak tentang penyambungan MIDI dan antara fungsi MIDI di Studio Wan iaitu salah satu studio muzik di UiTM. Bermula dari Bab 1, penulis cuba menerangkan dan memperkenalkan MIDI secara ringkas dan tujuan penyelidikan ini dibuat. Selepas itu, di Bab 2, penulis menceritakan tentang latarbelakang dan definasi MIDI. Didalam bab ini juga penulis menerangkan serba sedikit tentang teori, maklumat dan protokol komunikasi di dalam system MIDI. Disini penulis memberitahu apakah yang terkandung di dalam sesuatu maklumat data MIDI yang dihantar dan diterima. Seterusnya di dalam Bab 3, penulis menerangkan cara-cara penyambungan MIDI dengan alatan MIDI sendiri seperti keyboard, sound module, komputer dan sebagainya. Juga diterangkan cara penyambungan MIDI dengan alatan audio seperti mixer, perakam ADAT dan banyak lagi. Mengenai MTC. (MIDI Time Code) juga dimasukkan di dalam bab ini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Fadzil., Ahmad Fairuz 96951037 |
Subjects: | M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical research M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Music theory |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music |
Programme: | Bachelor of Music Education (Hons) |
Keywords: | MIDI, Studio Wan, MIDI Time Code |
Date: | June 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40714 |
Download
40714.pdf
Download (109kB)