Abstract
Adalah penting bagi seorang Jurukur Bangunan sebagai perunding dalam sebarang projek pembinaan untuk memastikan perjalanan projek dan penyiapan projek berada dalam masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kelambatan yang boleh mewujudkan permohonan Kelambatan dan Lanjutan Masa. Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kelambatan projek yang boleh membawakan kepada permohonan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT), samada masalah kewangan, buruh, pengurusan dan sebagainya. Seperti yang kita tahu, kelambatan ini akan menyebabkan pertambahan masa dan wang. Jadi, pada pendapat saya langkah perlu diambll untuk mengelakkan kelambatan dan lanjutan masa agar semua projek pembinaan boleh disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan Lagipun objektif utama penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti punca berlaku kelambatan dan lanjutan masa, kesan dan langkah untuk mengatasinya. Diharapkan hasil daripada penulisan ini akan dapat memberi penyelesaian dan faedah kepada bidang industri binaan di negara kita Bab kata pepatah “Mencegah lebih baik dari Mengubati”, jadi saya berharap hasil daripada Kajian saya ini akan memberikan pengetahuan tambahan untuk membantu kontraktor tempatan dan pengurus projek dalam usaha meminimumkan kes kelambatan dan lanjutan masa serta projek terbengkalai.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mazlan, Nor Ashikin 2003634407 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Supardi, 'Azizan UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Estimates. Measurements. Quantities and cost T Technology > TH Building construction > Contractors |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) |
Keywords: | Projek, Juru ukur, Bangunan |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40473 |
Download
40473.pdf
Download (146kB)