Abstract
Wayang Kulit adalah salah satu kesenian tradisional di negara kita. Kewujudannya membantu ke arah masa depan di mana ianya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Pencampuran budaya antara masyarakat yang berbilang kaum menghasilkan satu budaya yang unik dan menarik. Oleh itu, saya ingin mengkaji sejauh mana perkembangan kesenian wayang kulit dan mengkaji cara persembahannya yang sebenar.
Tumpuan terhadap kajian ini ialah kepada aspek persembahannya iaitu mengenai asal usul, jalan cerita dan juga konsep sosiobudaya serta konteks persembahannya. Selain itu, tumpuan yang lain pula ialah terhadap selok belok muzik wayang kulit iaitu dari cara persembahan dan notasi yang digunakan ke atas lagu-lagu wayang kulit. Di dalam kajian ini juga, ianya merangkumi sejarah tentang kewujudan wayang kulit bagi memberi lebih pemahaman dan pengetahuan yang lebih meluas tentang kesenian ini kepada orang ramai. Dengan kajian yang dilakukan diharap persembahan wayang kulit yang hampir pupus ini dapat diselamatkan supaya kewujudannya pada suatu masa dahulu tidak hilang di telan zaman dan agar pesembahan ini terus menjadi warisan kepada generasi yang akan datang. Insyallah.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Tajuddin, Noorul Izwarni 2004215708 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Madzi, Nadia Widyawati UNSPECIFIED |
Subjects: | M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik (Kepujian) |
Keywords: | Wayang Kulit Gedek, Tradisional, Malaysia |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40472 |
Download
40472.pdf
Download (91kB)