Menilai keberkesanan program pemantapan akademik pelajar (PAP) bagi para pelajar ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat (OM221), UiTM Pahang / Abd Razak Said and Naliza Solat

Said, Abd Razak and Solat, Naliza (2011) Menilai keberkesanan program pemantapan akademik pelajar (PAP) bagi para pelajar ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat (OM221), UiTM Pahang / Abd Razak Said and Naliza Solat. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011, 6-7 Disember 2011, Universiti Teknologi MARA Pahang.

Abstract

Program Pemantapan Akademik Pelajar (PAP) adalah satu program yang dianjurkan bagi memperbaiki
tahap purata nilai gred (PNG) yang rendah (kurang dari 2.50) di kalangan para pelajar Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Sistem Pejabat (OM221), Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat Cawangan Pahang.
Seramai 87 orang pelajar OM221 telah dikenalpasti dan menjadi peserta di dalam program ini bagi semester
Disember 2010 - April 2011. Kajian ini· bertujuan untuk menilai program PAP secara keseluruhan dari
Perspektif peserta. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat perbezaan min PNG keputusan peperiksaan
akhir para peserta sebelum dan selepas program dijalankan. Pengumpulan data dibuat dengan mengedarkan
borang kaji selidik serta menilai keputusan peperiksaan akhir para pelajar yang terlibat. Data seterusnya
dianalisis menggunakan SPSS versi 18. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa
hampir keseluruhan aspek yang diukur iaitu jangka masa kursus, bahan peralatan, kawasan persekitaran
lokasi program dijalankan, pihak urusetia serta fasilitator adalah pada tahap yang memuaskan. Seramai
98.9% pelajar bersetuju bahawa program ini meningkatkan tahap kualiti pembelajaran mereka. Selain
daripada itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi
pencapaian PNG selepas program dibuat. Adalah diharapkan, dapatan dalam kajian ini dapat digunakan
oleh pihak pengurusan program OM221 dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program ini untuk
diadakan pada masa hadapan, seterusnya memberikan impakyang lebih positif terhadap proses pembelajaran
para pelajar OM221 di UiTM Pahang ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Said, Abd Razak
abdul_razak@pahang.uitm.edu.my
Solat, Naliza
nalizas@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > College teaching > Developmental studies programs. Remedial teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011
Event Dates: 6-7 Disember 2011
Page Range: pp. 315-322
Keywords: Program Pemantapan akademik pelajar (PAP), Pelajar OM221, Purata nilai gred (PNG), Himpunan purata nilai gred (HPNG), Institusi pengajian tinggi (IPT)
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38975
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 38975.PDF] Text
38975.PDF

Download (9MB)

ID Number

38975

Indexing

Statistic

Statistic details