Sensor piezoelektrik hablur kuartza untuk mengesan sebatian organik meruap / Ruziana Mohamed, Muhamad Mat Salleh and Muhammad Yahaya

Mohamed, Ruziana and Mat Salleh, Muhamad and Yahaya, Muhammad (2011) Sensor piezoelektrik hablur kuartza untuk mengesan sebatian organik meruap / Ruziana Mohamed, Muhamad Mat Salleh and Muhammad Yahaya. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011, 6-7 Disember 2011, Universiti Teknologi MARA Pahang.
Abstract

Sistem sensor piezoelektrik hablur kuartza telah dibangunkan bagi mengesan kehadiran sebatian organikmeruap (VOC).
Sensor ini terdiri daripada filem nipis Langmuir-Blodgett (LB) yang dimendapkan ke atas hablur kuartza, dihubungkan
dengan pembilang frekuensi. Penderiaan adalah berasaskan kepada perubahan frekuensi asal hablur kuartza apabila
berlaku penambahan jisim hasil daripada pelekatan molekul wap sampel pada permukaan hablur kuartza. Bahan
organik metaloporjirin telah digunakan sebagai bahan penderia dan disediakan menjadi filem nipis bagi mengesan
kehadiran sebatian meruap. Bahan organik metaloporfirin akan dimendapkan ke atas permukaan hablur kuartza dengan
menggunakan teknik LB. Pencirian morfologi permukaan filem nipis dilakukan menggunakan Mikroskopik Daya Atom
(AFM). Morfologi permukaan filem yang berbeza mempengaruhi kepekaanfilem nipis terhadap pengesanan gas. Kajian
penderiaan dilakukan dengan mendedahkan bahan meruap tersebut terhadapfilem nipis LB. Kertas kerja ini melaporkan
penggunaan sebatian metaloporfirin sebagai unsur penderia yang digunakan bersamaperanti sensor piezoelektrik untuk
mengesan kehadiran bahan meruap.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 38943.PDF]
Text
38943.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics