Abstract
Sistem sensor piezoelektrik hablur kuartza telah dibangunkan bagi mengesan kehadiran sebatian organikmeruap (VOC).
Sensor ini terdiri daripada filem nipis Langmuir-Blodgett (LB) yang dimendapkan ke atas hablur kuartza, dihubungkan
dengan pembilang frekuensi. Penderiaan adalah berasaskan kepada perubahan frekuensi asal hablur kuartza apabila
berlaku penambahan jisim hasil daripada pelekatan molekul wap sampel pada permukaan hablur kuartza. Bahan
organik metaloporjirin telah digunakan sebagai bahan penderia dan disediakan menjadi filem nipis bagi mengesan
kehadiran sebatian meruap. Bahan organik metaloporfirin akan dimendapkan ke atas permukaan hablur kuartza dengan
menggunakan teknik LB. Pencirian morfologi permukaan filem nipis dilakukan menggunakan Mikroskopik Daya Atom
(AFM). Morfologi permukaan filem yang berbeza mempengaruhi kepekaanfilem nipis terhadap pengesanan gas. Kajian
penderiaan dilakukan dengan mendedahkan bahan meruap tersebut terhadapfilem nipis LB. Kertas kerja ini melaporkan
penggunaan sebatian metaloporfirin sebagai unsur penderia yang digunakan bersamaperanti sensor piezoelektrik untuk
mengesan kehadiran bahan meruap.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Ruziana ruzianamohd@pahang.uitm.edu.my Mat Salleh, Muhamad UNSPECIFIED Yahaya, Muhammad UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry > Organic chemistry Q Science > QD Chemistry > Organic chemistry > Polymers. Macromolecules Q Science > QD Chemistry > Crystallography |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011 |
Event Dates: | 6-7 Disember 2011 |
Page Range: | pp. 278-281 |
Keywords: | Sensor piezoelektrik, Metaloporfirin, LB teknik, Morfologi permukaan. |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38943 |