Abstract
Perubahan di institusi pengajian tinggi iaitu daripada "budaya pengajaran" kepada ke arah "penyelidikan" bukanlah
suatu perubahan yang baru. Walaupun profesion seorang pensyarah sinonim dengan pengajaran, keutamaan terhadap
penyelidikan di institusi pengajian tinggi menyebabkan ialahnya lebih dititikberatkan berbanding tugas-tugas lain. Di
UiTM Pahang, penghasilan penyelidikan merupakan salah satu syarat wajib bagi pensyarah baru untuk disahkan ke
jawatan dan juga menyumbang kepada penilaian prestasi. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kepercayaan
diri untuk menghasilkan sesuatu penyelidikan dengan jayanya di kalangan pensyarah di UiTM Pahang. Hasil daripada
kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa seseorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadpat
kebolehan diri akan menyumbang kepada komitmen terhadap kerjaya dan sebaliknya. Diharapkan hasil daripada kajian
ini akan membantu pensyarah UiTM Pahang dalam membina budaya penyelidikan dan sekaligus meningkatkan jumlah
penghasilan penyelidikan di UiTM Pahang
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Akmal Saad, Zuria zuria@uitm.edu.my Said, Abd. Razak UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011 |
Event Dates: | 6-7 Disember 2011 |
Page Range: | pp. 221-232 |
Keywords: | Keyakinan, Kebolehan diri, Pensyarah, Penyelidikan, Penerbitan |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38896 |