Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi mahasiswa terhadap gaya pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah
MDAB ketika di dalam kelas. Kajian ini turut mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar MDAB di UiTM Jengka.
Selain itu kajian juga dijalankan untuk melihat sejauhmana gaya pengajaran pensyarah mempengaruhi perkembangan
potensi diri dan kecemerlangan akademik pelajar MDAB. Seramai 133 orang pelajar MDAB bahagian 1 daripada Pra
Sains dan Pra Perdagangan telah dipilih sebagai responden di dalam kajian ini. Mereka dipilih secara rawak berlapis
(strata) mewakili aliran Pra Sains dan Pra Perdagangan mewakili kelompok sederhana dan kurang potensi berpandukan
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing. Metod soalselidik telah digunakan dalam kajian ini. Soal
selidiki ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A ialah demografi pelajar, bahagian B ialah persepsi mahasiswa
terhadap gaya pengqjaran pensyarah dan bahagian C ialah gaya pembelajaran pelajar MDAB. Soal selidik bahagian B
merupakan ubahsuai daripada Inventori Persepsi KreatifKhatena & Torrance (1998). Manakala soal selidik bahagian
C merupakan ubahsuai daripada lnventori Gaya Pembelajaran Richard M Felder (1998). Data dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latarbelakang
responden kajian,persepsi gaya pengajaran pensyarah dan gaya pembelajaran pelajar. Adalah diharapkan dapatan
kajian ini dapat digunapakai bagi menyusun program atau kursus serta latihan yang bersesuaian bagi pensyarah dan
pelajar. Secara tidak langsung usaha ini dapat membantu pihak universiti untuk meningkatkan perkembangan potensi
dan kecemerlangan pelajar MDAB.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Burhan, Norhapizah izahuiaum@uitm.edu.my Ab Halim, Roslilee UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Lectures and lecturing L Education > LB Theory and practice of education > Educational accountability |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011 |
Event Dates: | 6-7 Disember 2011 |
Page Range: | pp. 208-220 |
Keywords: | Gaya kreatif pengajaran, Gaya pembelajaran, Potensi, Kecemerlangan akademik, Pelajar, MDAB |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38890 |