Abstract
Covid-19 telah mencetuskan budaya baharu dalam dunia pendidikan. Berlakunya perubahan kepada corak pembelajaran setelah arahan penutupan semua sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di laksanakan di seluruh negara. Proses pengajaran dan pembelajaran terkesan mengikut corak pembelajaran yang baharu dari amalan kebiasaan pembelajaran dalam bilik darjah kepada pembelajaran secara talian dirumah.
Dalam hal ini UiTM tidak ketinggalan turut terkesan dengan perubahan baharu ke atas corak pembelajaran yang kebiasaanya dijalankan dibilik kuliah. UiTM telah mengeluarkan pekeliling dengan mengarahkan semua sesi penyampaian dan pembelajaran perlu dijalankan secara dalam talian dan secara jarak jauh (distance learning/ ODL) sepanjang sesi 11 2019/2020 bermula April 2020. Segala hasil kerja pelajar termasuklah peperiksaan akhir turut dinilai dan dijalankan secara dalam talian. Di peringkat Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka, arahan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam talian secara jarak jauh ataupun Online Distance Learning (ODL) diterima secara terbuka walaupun diperingkat permulaan melaksanakannya pelajar dan pensyarah berhadapan dengan kesukaran. Namun begitu dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, ODL tidak sesekali membatasi kemampuan para pelajar untuk menghasilkan karya seni yang kreatif serta mempunyai nilai-nilai estetika. Begitu juga dalam hal berpameran, sudah menjadi kebiasaan bagi pihak fakulti akan mengadakan pameran dalam bentuk fizikal hasil kerja pelajar semester akhir sebaik sahaja penilaian akhir dilaksanakan. Terdapat dua penganjuran pameran diadakan, pertama, Pameran Tunas Ilham bagi Program Diploma FSSR, kedua, Pameran REKA bagi Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik, (Kepujian).
Setiap pelajar akan mempamerkan keseluruhan proses pembelajaran semester akhir meliputi dari peringkat kajian, perkembangan idea, lakaran sehingga lengkap berdasarkan topik yang dipilih mengikut tarikh yang dijadualkan oleh pihak fakulti. Pelbagai gaya persembahan dirangka oleh pelajar sama ada digantung, ditampal diatas panel (display board), easel serta persembahan mock up, model susun di atas meja/paltform. Kesemua karya dipamerkan dalam bentuk fizikal. Beberapa buah tempat seperti di Dewan Taming Sari UiTM Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan di Melaka International Trade Center (MiTC) dijadikan tempat berpameran. Bagi memeriahkan acara, tokoh-tokoh kenamaan dalam bidang kesenian dijemput untuk merasmikan pameran para pelajar semester akhir. Lebih menarik, penganjuran pameran ini seringkali mencuri tumpuan pihak media, tidak kira akhbar tempatan mahupun televisyen untuk mereka membuat liputan mengenainya. Namun demikian berbeza pula pada kali ini Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka berhasrat untuk memberi kelainan dalam mempersembahkan karya pelajar pada semester ini ekoran dari pandemik Covid-19. Platform media sosial digunakan dan pelancaran rasmi diadakan secara maya selaras dengan garis norma yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dan UiTM. Hasil dari kesepakatan seluruh warga kerja yang terlibat maka Virtual Inspirasi 1.0 telah diangkat sebagai tema pada semester ini. Objektif mengadakan pameran secara maya atau virtual ini adalah:-
a) Untuk menghasilkan karya pelajar yang kreatif mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
b) Membuka ruang yang lebih mudah bagi pihak agensi / syarikat / jabatan melihat semua hasil kerja dan portfolio pelajar dengan lebih dekat melalui plafform maya.
c) Membuka ruang kepada agensi-agensi yang ingin menawarkan pekerjaan atau projek melalui behance pelajar.
d) Mencungkil bakat dan kecemerlangan pelajar sama ada dari segi akademik, kokurikulum, berpameran, kepimpinan mahupun keterampilan diri.
e) Dapat memasarkan serta mempromosi produk keluaran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Omar, Mohd Hanif UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Noor, Abd. Halim UNSPECIFIED Patron Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Patron Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Journal Advisor Mohd Sharif, Nadzri UNSPECIFIED Chief Editor Mohammad Noh, Liza Marziana UNSPECIFIED Editor Ramli, Zahara UNSPECIFIED Editor Abu Hassan, Sharmiza UNSPECIFIED Editor Shamsudin, Wan Nur Khalisah UNSPECIFIED Editor Mohd Omar, Mohd Hanif UNSPECIFIED Editor Baharuddin, Nor Fariza UNSPECIFIED Editor Ali, Salmah UNSPECIFIED Editor Azidin, Ridzuan Adli UNSPECIFIED Editor Mohamed Sharif, Fadly UNSPECIFIED Editor Ayob, Mohd Abqari UNSPECIFIED Editor Karimon, Nor Arseha UNSPECIFIED Designer Mohd Omar, Mohd Hanif UNSPECIFIED Designer Karimon, Nor Arseha UNSPECIFIED Designer Mohamed Sharif, Fadly UNSPECIFIED Cover designer Mohamed Sharif, Fadly UNSPECIFIED Cover designer Ayob, Mohd Abqari UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Exhibitions N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | E-Katalog Virtual Inspirasi 1.0 |
Keywords: | Katalog virtual; Pameran; Fakulti Seni Lukis & Seni Reka; Inspirasi |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38155 |
Download
E-Katalog Virtual Inspirasi 1.0.pdf
Download (81MB)