Abstract
Timur Sepakat adalah sebuah syarikat yang menyediakan satu perkhidmatan penginapan untuk para pelancong yang mengunjungi Pulau Tuba. Syarikat Timur Sepakat akan menyiapkan dan menyediakan sebuah chalet yang diberi nama sebagai Teratak Lagenda Chaley (TLC). Chalet ini wujud atas dasar perkongsian yang dijalankan oleh kami untuk merealisasikan impian untuk mewujudkan satu tempat penginapan yang selesa serta dilengkapi dengan ciri-ciri ketimuran yang sejati. Selain itu juga ianya menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan pelancongan dalam negeri. Pengusahaan ini dijalankan dengan bermodalkan RM 1.1 juta. Jumlah sumbangan daripada ahli syarikat ialah sebanyak RM 200,000 setiap seorang. Jumlah ini di persetujui oleh setiap ahli rakan kongsi yang mana ianya adalah daripada wang simpanan masing-masing berserta dengan sumbangan daripada pihak lain seperti ahli keluarga dan sebagainya. Seterusnya menjadikan jumlah yang terkumpul daripada ahli rakan kongsi ialah RM 800,000. Modal bertambah menjadi RM 1.1 juta hasil daripada pinjaman dari pihak bank sebanyak RM 300,000.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Saad, Suhaida 96616906 Md Fauzi, Fazliyani 97189349 Hanafi@Zulkifli, Nooryanis 97248736 Ahmad, Anis Azura 97241962 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Idris, Mohamed UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Keywords: | Teratak Lagenda Chaley (TLC) , perkhidmatan penginapan pelancong , Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. |
Date: | 18 September 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37190 |
Download
37190.PDF
Download (1MB)