Abstract
Islam adalah agama universal dari Allah SWT untuk semua umat manusia. Ia telah mula tersebar di Alam Melayu sejak abad ke 7M lagi. Kehadirannya ke sini telah membawa sinar baru yang mengubah jiwa dan wajah masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk melihat proses islamisasi ke Alam Melayu meliputi teori kedatangan Islam dan faktor pemangkin penyebaran Islam serta kesan kedatangannya dengan memberi fokus perbincangan terhadap aspek pendidikan. Artikel ini akan menganalisis faktor kecemerlangan intelektual di zaman ini sehingga melahirkan pelbagai tokoh-tokoh ilmuan dan karya-karya ilmiah seterusnya memberi impak yang besar terhadap pemikiran dan gaya hidup masyarakat di Alam Melayu. Metodologi kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah dengan menganalisa buku-buku dan kertas kerja yang berkaitan. Hasil perbincangan mendapati faktor kepesatan aktiviti keilmuan di Alam Melayu didokong oleh pelbagai faktor sehingga secara keseluruhannya telah membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan pemimpin tetapi juga rakyat jelata. Secara tidak langsung, kepesatan aktiviti keilmuan ini memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran ajaran Islam ke seluruh pelusuk Nusantara yang dapat dirasai kesannya sehingga kini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Aris, Suliah su6358@yahoo.com.my Alias, Baterah baterah_alias@yahoo.com Abdul Samat, Safinaz safinaz_as@yahoo.com Ismail, Fadhilah Adibah fadhilah97@salam.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 467-480 |
Keywords: | Islamisasi, Alam Melayu, pendidikan |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35727 |