Evolusi penggunaan motif dan ragam hias dalam tenunan songket / Nani Hartina Ahmad...[et al.]

Ahmad, Nani Hartina and Md Nawawi, Norwani and Md Hashim, Siti Fairuz and Ismail, Noor Hafiza and Mohamad, Sarina (2015) Evolusi penggunaan motif dan ragam hias dalam tenunan songket / Nani Hartina Ahmad...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Download

[thumbnail of 35657.pdf] Text
35657.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tenunan songket melambangkan ketinggian teknologi dahulu, kreativiti, sejarah,Melayu yang bertamadun tinggi melambangkan keindahan budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Masyarakat tempatan kebiasaan menilai tenunan songket dari sudut keindahan, kesenian dan pemakaiannya. Namun bagi penggemar-penggemar songket biasanya akan mengolah songket dari sudut keunikan dan kepelbagaian unsur, proses, teknik dan motif yang sukar diterjemahkan. Keindahan songket tidak semata-mata bergantung kepada hiasan benang emas sahaja namun gabungan kreativiti corak dan motif yang dihasilkan serta nilai emas di mata masyarakat menaikkan lagi nilai estetikanya. Para penggemar songket pada masa kini dapat menilai dan merasakan kelainan songket silam dengan yang baharu apabila mereka memerhati kaedah tenunanya dan corak-corak yang dihasilkan. Namun begitu, lewat masa kini dengan kehadiran dan kemasukan songket buatan negara luar seperti India, Pakistan dan Indonesia akan meresahkan penenun tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini turut merangkumi sejauh mana keperihatinan masyarakat Melayu kita dapat menilai kesenian tempatan berbanding dengan hasil tangan bukan orang tempatan iaitu dengan meneliti motif-motif dan ragam hias corak tenunan songket tempatan. Hingga ke hari ini, masih ramai di antara kita masih keliru dan terpedaya dengan songket import dari negara luar. Lambakan songket dari negara luar telah mengakibatkan pengusaha tempatan terancam dan membimbangkan. Kajian ini merangkumi sejauh mana penilaian masyarakat Melayu dalam melihat peredaran dan evolusi motif dan ragam hias dalam tenunan songket yang menerapkan identiti tempatan dan berkonsepkan ciri-ciri budaya kehidupan masyarakat Melayu kini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Ahmad, Nani Hartina
nanihartina@kelantan.uitm.edu.my
Md Nawawi, Norwani
nmn572000@gmail.com
Md Hashim, Siti Fairuz
sitifairuz@kelantan.uitm.edu.my
Ismail, Noor Hafiza
yurizinsen@yahoo.com
Mohamad, Sarina
sarin618@tganu.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to public and social life
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 134-145
Item ID: 35657
Uncontrolled Keywords: Evolusi, Motif, Ragam Hias, Tenunan Songket
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35657

ID Number

35657

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item