Abstract
Tenunan songket melambangkan ketinggian teknologi dahulu, kreativiti, sejarah,Melayu yang bertamadun tinggi melambangkan keindahan budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Masyarakat tempatan kebiasaan menilai tenunan songket dari sudut keindahan, kesenian dan pemakaiannya. Namun bagi penggemar-penggemar songket biasanya akan mengolah songket dari sudut keunikan dan kepelbagaian unsur, proses, teknik dan motif yang sukar diterjemahkan. Keindahan songket tidak semata-mata bergantung kepada hiasan benang emas sahaja namun gabungan kreativiti corak dan motif yang dihasilkan serta nilai emas di mata masyarakat menaikkan lagi nilai estetikanya. Para penggemar songket pada masa kini dapat menilai dan merasakan kelainan songket silam dengan yang baharu apabila mereka memerhati kaedah tenunanya dan corak-corak yang dihasilkan. Namun begitu, lewat masa kini dengan kehadiran dan kemasukan songket buatan negara luar seperti India, Pakistan dan Indonesia akan meresahkan penenun tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini turut merangkumi sejauh mana keperihatinan masyarakat Melayu kita dapat menilai kesenian tempatan berbanding dengan hasil tangan bukan orang tempatan iaitu dengan meneliti motif-motif dan ragam hias corak tenunan songket tempatan. Hingga ke hari ini, masih ramai di antara kita masih keliru dan terpedaya dengan songket import dari negara luar. Lambakan songket dari negara luar telah mengakibatkan pengusaha tempatan terancam dan membimbangkan. Kajian ini merangkumi sejauh mana penilaian masyarakat Melayu dalam melihat peredaran dan evolusi motif dan ragam hias dalam tenunan songket yang menerapkan identiti tempatan dan berkonsepkan ciri-ciri budaya kehidupan masyarakat Melayu kini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nani Hartina nanihartina@kelantan.uitm.edu.my Md Nawawi, Norwani nmn572000@gmail.com Md Hashim, Siti Fairuz sitifairuz@kelantan.uitm.edu.my Ismail, Noor Hafiza yurizinsen@yahoo.com Mohamad, Sarina sarin618@tganu.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to public and social life G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 134-145 |
Keywords: | Evolusi, Motif, Ragam Hias, Tenunan Songket |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35657 |