Abstract
Alam sekitar adalah salah satu elemen yang dapat membantu mengurangkan tekanan emosi. Keadaan alam sekitar yang baik dapat memberikan kesan yang positif dan memberi ketenangan kepada minda manusia serta membantu mengawal emosi. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis peranan alam sekitar dalam menangani tekanan emosi berdasarkan Surah Maryam. Allah SWT telah menceritakan kisah Sayyidatina Maryam yang mengalami tekanan emosi dalam al-Quran. Tekanan emosi berlaku ke atas Sayyidatina Maryam apabila diberitakan kepadanya mengenai kehamilan walhal beliau tidak pernah berkahwin. Dalam Surah Maryam menerusi ayat 22 hingga 24, Allah SWT telah menggariskan beberapa panduan bagi menangani masalah emosi antaranya dengan mencari persekitaran yang kondusif. Dalam kertas kerja ini, penulis akan meneliti kisah Saidatina Maryam dan perkaitannya dengan alam sekitar dalam menangani tekanan emosi. Kertas kerja ini dihasilkan dengan menggunakan metode kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk al-Quran, kitab-kitab tafsir, hadis dan kajian-kajian sains. Beberapa kajian sains menunjukkan bahawa alam sekitar seperti tumbuh-tumbuhan, sungai dan sebagainya dapat merendahkan hormon tekanan dalam diri dan dapat mengawal tekanan emosi. Kajian sains tersebut membuktikan bahawa elemen alam sekitar turut berperanan dalam mengawal tekanan emosi sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Oleh itu, diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan peranan alam sekitar dari perspektif Islam dan sains dalam menangani tekanan emosi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Siti Aisyah aisyah421@kedah.uitm.edu.my Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami msaiful0860@kedah.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities |
Event Dates: | 5 & 6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 958-967 |
Keywords: | Alam Sekitar, Tekanan Emosi, Surah Maryam |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35634 |