Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti fenomena stereotaip etnik dan
implikasinya ke atas interaksi antara budaya di kalangan anggota
masyarakat berbilang budaya. Label ciri personaliti etnik dikenalpasti
bagi menentukan kecenderungan dan kesan ciri-ciri tersebut yang
dikaitkan dengan goiongan etnik Melayu, Cina dan India. Sumbersumber
pembentukan imej, lokasi kediaman, pola persahabatan
dikesan bagi menentukan pola interaksi antara budaya. Kajian ini
telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur Kota Bharu, Johor Bharu,
Melaka, Pulau dan Pinang. Seramai 1000 orang responden yang
terdiri daripada 500 Melayu, 250 Cina dan 250 India telah dipilih
mengikut persampelan rawak berstrata untuk ditemubual. Bagi
mendapat data sampingan daripada salah satu sumber
pembentukan imej, sejumlah 84 naskah daripada tujuh akhbar utama
tempatan telah dianalisis isi kandungannya. Hasil kajian ini
menunjukkan wujud pola interaksi yang agak terasing dan lembab di
kalangan responden Melayu dan Cina. Hanya responden India
didapati aktif dalam perkembangan interaksi antara budaya.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan yang wujud tidak
erat tetapi ketiadaan pertalian peribadi tidak menjejas hubungan
antara etnik.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sualman, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Content analysis (Communication) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Keywords: | Stereotaip etnik, budaya, personaliti, interaksi |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3547 |
Download
LP_ISMAIL SUALMAN RMI 98_5 1.pdf
Download (181kB)