Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pengurusan dan pengendalian Program
Khidmat Negara (PKN) agar lebih berkesan dan mencapai objektif yang digariskan. Ini
memandangkan PKN merupakan salah satu projek pelaburan kerajaan yang besar untuk
membangunkan para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara. Aktiviti-aktiviti PKN
merangkumi aspek fizikal, mental, pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Oleh
itu, kajian ini adalah penting agar natijah dari projek ini berbaloi dengan kos besar yang telah
dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Beberapa saranan kajian adalah signifikan untuk
penambahbaikan PKN. Dalam metodologi kajian menerangkan data dianalisa dengan
menggunakan 'Statistic Package for Social Sciences' (SPSS) versi 12.0, berdasarkan
pendekatan statistik dan deskriptif. Satu set soalan soal selidik telah direkabentuk dan
menggunakan kaedah temubual telah diedarkan secara persempelan rawak berstrata. Seramai
935 responden PLKN telah terpilih iaitu ia meliputi kem-kem dan di IPT A Zon Utara yang
merangkumi 89 responden di UiTM Kedah, 209 responden di UiTM Perlis, 110 responden di
UiTM Perak, 152 responden di USM dan 375 responden di UUM. Hasilnya ialah kajian ini
berjaya mengenalpasti beberapa kaedah pengurusan yang perlu dikekalkan seperti pelaksanaan
modul fizikal dan mental yang mendapat perhatian di kalangan para peserta. Hampir
keseluruhan responden bersetuju bahawa PKN ini dapat membentuk sikap yang lebih positif
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, kajian ini juga mendapati beberapa
kelemahan aspek pengurusan yang perlu diperbaiki segera seperti pengurusan modul
kemasyarakatan, disiplin, jurulatih, perhubungan, logistik, makanan, urusetia dan para peserta
sendiri. Selain itu penggunaan IPT A sebagai tempat latihan selama dua bulan dan kem selama
sebulan perlu dikaji semula agar segala aktiviti yang dijalankan mencapai sasaran objektif yang
maksimum.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hussin, Zaliha UNSPECIFIED Shamsuddin, Kamal Bahrin UNSPECIFIED Ismail, Normala nmala391@uitm.edu.my Awang, Abdul Basir UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Youth H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | PKN; SPSS; UiTM |
Date: | March 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34992 |
Download
34992.pdf
Download (6MB)