Analisis dan reka bentuk animasi dua dimensi teks dan grafik dalam pembelajaran morfologi bahasa arab / Janudin Sardi @ Mohd Yusop and Asma' Ammar

Sardi @ Mohd Yusop, Janudin and Ammar, Asma' (2012) Analisis dan reka bentuk animasi dua dimensi teks dan grafik dalam pembelajaran morfologi bahasa arab / Janudin Sardi @ Mohd Yusop and Asma' Ammar. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab memperlihatkan teknologi multimedia digunakan dalam menghasilkan perisian kursus yang lebih kreatif dan menarik, seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini menyasarkan penggunaan TMK dalam pembelajaran bahasa Arab bagi subjek Morfologi Arab tahap permulaan, khususnya berkaitan dengan teknologi animasi interaktif dalam talian. Kaedah lapangan lebih banyak digunakan kerana teknologi ini melibatkan penggunaan perisian komputer untuk menghasilkan imej dan membentuk pergerakan untuk menghasilkan produk yang disasarkan. Kajian menelusuri proses pembangunan sebuah aplikasi untuk meningkatkan pemerolehan pelajar dalam menguasai bahasa Arab peringkat 1 permulaan. Proses pembangunan aplikasi adalah berdasarkan model pembangunan perisian bahasa Arab yang dirangka dengan menjadikan model reka bentuk instruksi ADDIE sebagai panduan aliran kerja. Kajian menumpukan hanya 3 peringkat awal pembangunan dalam model ADDIE, iaitu analisis, reka bentuk dan pembangunan. Dapatan kajian menunjukkan satu model perisian Morfologi Arab berjaya dibina dan melaluinya satu prototaip perisian telah dibangunkan. Prototaip tersebut mempunyai beberapa kelebihan, antaranya fleksibiliti pengguna dalam mengakses perisian, tarikan pembelajaran yang menarik melalui persembahan animasi teks (aksara Arab) dan grafik melalui beberapa teknik dan kesan animasi 20. Elemen interaktif pula membolehkan pengguna mengikuti pembelajaran dan menerokai semua pautan di dalamnya dengan mudah.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sardi @ Mohd Yusop, Janudin
janudin@gmail.com,
Ammar, Asma'
asma_ammar@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Interactive multimedia
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Keywords: Pembelajaran Bahasa Arab, Teknologi Animasi Interaktif, Pembangunan Aplikasi Multimedia, Sistem reka bentuk instruksi
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34923
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34923.PDF] Text
34923.PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

34923

Indexing

Statistic

Statistic details