Abstract
Perumahan bertingkat merupakan perumahan yang diminati oleh segolongan masyarakat. Ia digemari kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan contohnya parkir, taman permainan, kawalan keselamatan, kolam renang, pintu keluar masuk yang dikawal oleh pengawal keselamatan. Badan pengurusan merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menjaga keseluruhan bangunan dan justeru itu pemilik petak perlu membayar caj perkhidmatan agar dapat menanggung kos pengurusan. Kepuasan perumahan mempengaruhi gelagat pembayaran caj perkhidmatan. Apabila penghuni tidak berpuas hati maka penghuni enggan dan begitu sebaliknya. Justeru itu, objektif kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu kepuasan perumahan yang memberi kesan terhadap gelagat pembayaran caj perkhidmatan. Hasil tinjauan melalui sorotan literatur mendapati terdapat tujuh faktor yang dimaksudkan iaitu kebersihan, penyenggaraan, staf pengurusan, pejabat pengurusan, perhubungan sosial dan interaksi, keselamatan dan keamanan dan utiliti. Penemuan ini dapat digunakan untuk kajian selanjutnya bagi menentukan faktorfaktor penentu gelagat pembayaran caj perkhidmatan demi kesejahteraan dan kualiti hidup penghuni perumahan bertingkat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ghani, Rohaya UNSPECIFIED Jaffar, Mastura UNSPECIFIED Mohd Daud, Mohd Yahaya myahaya@usm.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Housing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2682-9223 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 52-62 |
Keywords: | perumahan bertingkat, caj perkhidmatan, penghuni, badan pengurusan |
Date: | June 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34556 |