Kecenderungan menjalankan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah bagi mendepani Revolusi Industri (IR) 4.0 / Amutha Gopal Villoo @ Venugopal, Amu

Gopal Villoo @ Venugopal, Amu, Amutha (2019) Kecenderungan menjalankan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah bagi mendepani Revolusi Industri (IR) 4.0 / Amutha Gopal Villoo @ Venugopal, Amu. In: International Innovation in Teaching and Learning 2019 & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019, 17-18 April 2019, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Abstract

Kecenderungan menjalankan inovasi pembelajaran dan pengajaran (PdP) memainkan peranan penting dalam memacu pendidikan seiring dengan Revolusi Industri (IR 4.0) bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan berinovatif. Namun begitu, kecenderungan pensyarah dalam menjalankan inovasi PdP secara aktif bukanlah suatu perkara yang mudah. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dalam pengamalan inovasi dan mengenalpasti faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kecenderungan pensyarah dalam menjalankan inovasi PdP. Seramai 35 Orang pensyarah kolej sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan kaedah tinjauan untuk mengumpul data kuantitatif. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 16.0 yang melibatkan statistic deskriptif. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah melebihi 0.6 iaitu 0.933. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dalam amalan inovasi menunjukan min yang tinggi iaitu 0.4183. Antara empat faktor iaitu factor keperibadian (min=3.6735 ), faktor budaya organisasi (min=3.5143), faktor Gaya kepimpinan (min=3.4531) menunjukkan klasifikasi tahap yang sederhana manakala faktor motivasi pekerja (min=3.7673) menunjukkan klasifikasi tahap yang tinggi. Namun begitu, faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kecenderungan pensyarah dalam menjalankan inovasi PdP adalah faktor motivasi pekerja. Kesimpulannya, faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pensyarah menjalankan inovasi wajar diambil kira sebagai strategi mempertingkatkan kecenderungan di kolej ini sejurus dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan meningkatkan keberkesanan PdP serta menjadi pendidik yang berinovatif dalam PdP mendepani Revolusi Industri (IR) 4.0.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Gopal Villoo @ Venugopal, Amu, Amutha
saikrishamu7416@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study
L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: International Innovation in Teaching and Learning 2019 & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019
Event Dates: 17-18 April 2019
Page Range: pp. 154-163
Keywords: Kecenderungan; Inovasi PdP; Faktor; IR 4.0
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34218
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34218.pdf] Text
34218.pdf

Download (362kB)

ID Number

34218

Indexing

Statistic

Statistic details