Abstract
Kajian ini membincangkan "Kebangkitan Penghayatan Islam Di Dalam Masyarakat Hari Ini" (tumpuan khusus di kalangan warga tua di Melaka). Untuk itu kajian ini telah dibahagikan kepada enam bab. Didalam bab yang pertama diterangkan tentang pengenalan, rasional, objektif, hypotesis, skop penyelidikan, methodologi kajian dan kekangan. Bab kedua pula menerangkan definisi Islam dari segi bahasa dan istilah, definisi Ad-din dari bahasa dan istilah, definisi Agama dari segi bahasa dan istilah, kandungan Islam, ciri-ciri keistimewaan Islam, kenapa manusia kepada Islam dan rumusan bab 2.
Bab ketiga menerangkan tentang penghayatan Islam dalam masyarakat hari ini iaitu sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu, perbezaan kehidupan masyarakat sebelum dan selepas kebangkitan Islam dan pembangunan penghayatan Islam masa kini. Bab keempat pula mengenai penemuan iaitu profail responden dan penemuan data. Bab kelima seterusnya menerangkan saranan-saranan ke arah membina kecermelangan umat Islam dalam menghayati Islam, keinsafan umat Islam, pembentukan insan berkualiti, penguasaan ilmu pengetahuan, mempertingkatkan kemampuan berfikir,kepimpinan Islam berkualiti, ekonomi dan politik. Dan bab yang terakhir pula adalah kesimpulan mengenai temuduga dengan Pegawai Jaim, temuduga dengan Pegawai Zakat, temuduga dengan Pensyarah-pensyarah IPT (Universiti Teknologi Mara Kampus Melaka) dan pertemuan dengan responden (wargatua)
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Samsudin, Rosniza UNSPECIFIED Zakaria, Noorayati UNSPECIFIED Othman, Siti Badariah UNSPECIFIED Hassan, Abd Balim UNSPECIFIED Inas, Mahadi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma in Public Administration (AM110) |
Keywords: | Penghayatan Islam; Warga tua; Melaka |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34128 |
Download
34128.pdf
Download (1MB)