Abstract
Penulisan ini merangkumi kajian yang berkaitan dengan bidang ilustrasi dalam seni catan moden Malaysia. Dalam setiap karya seni berbentuk catan pastinya dihiasi dengan ilustrasi yang menarik. Ilustrasi dalam catan bukan sahaja dilihat dari sudut luarannya sahaja. Kedudukannya agak berbeza sedikit daripada sudut pandangan secara grafik. Ilustrasi dalam catan dinilai mengikut krateria-krateria yang tertentu. Ilustrasi dalam karya catan dinilai berdasarkan kepada ciri-ciri formal di samping menitikberatkan nilai-nilai estetikanya. Persepsi seseorang adalah berbeza dalam menilai setiap karya seni. Seni dinilai kadangkalanya menyentuh tentang persoalan secara konseptual, nilai-nilai spiritual, kemasyarakatan dan perluahan emosi pelukisnya.
Kajian mengenai lukisan ilustrasi dalam seni catan moden Malaysia, merangkumi bidang yang berkaitan dengan ciri-ciri formal seni lukis, mengenai imej, bentuk juga dilihat dari struktur falsafahnya. Kajian dibuat berdasarkan kepada perkembangan seni lukis tanah air serta disokong oleh beberapa pendapat daripada para artis yang terkenal serta individu yang terlibat secara langsung dalam bidang seni. Setiap maklumat banyak membantu penulis membuat perbandingan dan proses pengapresiasian.
Perkembangan seni lukis Malaysia sejajar dengan perkembangan masyarakat serta sosio budayanya. Ilustrasinya berkembang bukan sahaja mengikut aliran dan isme-isme yang tertentu. Perkembangannya berlaku tanpa disengajakan mengikut aliran hidup masyarakatnya. Kemajuan ilmu dalam pelbagai bidang secara tidak langsung mengubah bentuk ilustrasi dalam karya catan.
Kajian ini dibuat berdasarkan pemerhatian ke galeri-galeri seni, merakam terus bahanbahan yang didapati melalui sesi temu ramah serta kaedah penyoalan mengikut krateriakrateria tertentu. Pendapat para artis serta individu yang terlibat secara langsung dalam bidang seni merupakan maklumat yang amat berguna
Setiap maklumat yang diperolehi melaiui kajian selidik, telah membantu penulis dalam mernbuat rumusan mengenai lukisan ilustrasi dalam seni catan moden Malaysia. Hasilnya begitu membanggakan, perbezaan fungsi dan peranan ilustrasi dalam seni catan berubah mengikut perubahan semasa dan kehendak masyarakatnya. Di samping itu, maklumat diperolehi juga melalui sumber rujukan berbentuk buku, majalah, jurnal, akhbar, katalog seni dan seumpamanya telah digunakan untuk mendapatkan maklumat. Hasil karya catan dinikmati tidak lari daripada hakikat yang bersandarkan kepada istilah estetika, konseptual, simbolik, sabjektif dan dekoratif Catan yang bersifat ilustrasi lebih merujuk kepada faktor-faktor kejelasan dan ketepatan. Konsep seni lukis secara fonnal serta penekanan baru secara artistik merupakan fenomena seni masa kini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Tahir, Siti Kalsom 97227368 |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture > Sociology of knowledge N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Bachelor of Graphic Design (AD241) |
Keywords: | Lukisan ilustrasi; Catan moden; Malaysia |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33889 |
Download
33889.pdf
Download (371kB)