Satu kajian tentang pandangan masyarakat remaja sekolah luar bandar tentang teknik dan pengolahan iklan-iklan syarikat rokok di televisyen di sekitar tahun 1999 / Nor Fazlie Safri

Safri, Nor Fazlie (1999) Satu kajian tentang pandangan masyarakat remaja sekolah luar bandar tentang teknik dan pengolahan iklan-iklan syarikat rokok di televisyen di sekitar tahun 1999 / Nor Fazlie Safri. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Dunia periklanan semakin berkembang dari sehari ke sehari. lanya akan terus berkembang selari dengan peredaran zaman. Banyak iklan-iklan yang ditayangkan di televisyen pada masa ini muncul dalam berbagai-bagai bentuk dan kreativiti. Mereka bersaing dan semuanya ada kekuatan tersendiri tidak kira dari segi teknik, strategi ataupun pengolahannya. Oleh itu, penulis telah mengambil satu pendekatan untuk mengkaji sejauh mana iklan-iklan ini berjaya menyampaikan mesej mereka kepada umum. Penulis telah rnengkhususkan iklan syarikat rokok sebagai kajian denganmemilih tajuk tesis iaitu, Satu (Kajian Tentang Pandangan Masyarakat Remaja SekolahLuarbandar Tentang Teknik Dan Pengolahan Iklan-iklan Syarikat Rokok Di TelevisyenDi Sekitar Tahun 1999. Antara tujuan penting kenapa penulis memilih tajuk sedemikian untuk dijadikan tesis ialah penulis ingin mengetahui bagaimana strategi, teknik, media dan pengaruh yang digunakan oleh syarikat rokok ini dalam mengiklankan produk mereka kepada masyarakat terutamanya kepada responden. Penulis telah memilih responden yang difikirkan sesuai iaitu masyarakat remaja sekolah luarbandar yang berbeza corak kehidupan dan pemikiran untuk memberi pandangan, pendapat dan komen berhubung dengan iklan-iklan syarikat rokok tersebut. Penulis akan menganalisa perkara tersebut berdasarkan strategi dan kaedah tertentu agar apa yang penulis inginkan bertepatan dengan tajuk yang dibuat. Antara kaedah penting yang penulis lakukan ialah dengan menyediakan dan mengedar kertas soalan kajiselidik, membuat temuramah dengan agensi periklanan, membuat temuramah dengan responden dan membuat rakaman video iklan-iklan syarikat rokok yang disiarkan di televisyen pada masa sekarang. Di samping itu, penulis juga membuat rujukan di akhbar-akhbar, artikel, majalah dan buku-buku ilmiah. Dalalm bab 3, keputusan analisis yang telah dibuat, diperolehi setelah semua maklumat dan kaedah tersebut dijalankan dan dianalisa. Apa yang penulis lakukan untuk mencari rumusan ialah dengan menganalisa berapa peratus responden yang tahuakan periklanan, berapa peratus responden yang meminati iklan syarikat rokok, berapa peratus responden yang merokok berserta puncanya dan bilangan iklan syarikat rokok jenis apa yang diminati oleh responden. Semua analisis adalah dalam bentuk carta pai dan graf. Dalam bab terakhir pula, penulis telah dapat menyimpulkan bahawa responden iaitu masyarakat remaja sekolah luarbandar bukanlah satu golongan yang pasif seperti yang dijangkakan oleh sesetengah pihak. Dari analisis tersebut, jelas menunjukkan bukti-bukti bahawa mereka bukanlah pelajar yang ketinggalan baik dari segi pelajaran,pemikiran mahupun penampilan. Dengan iklan sebagai kayu pengukur yang penulis gunakan dalam tesis ini, akhirnya dapat menilai pemikiran seseorang individu atau sesuatu masyarakat lebih-lebih lagi pemikiran responden yang dipilih.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Safri, Nor Fazlie
96212243
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Advertising
H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Theory. Relation to other subjects
H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Moral and ethical aspects
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Graphic Design (AD241)
Keywords: Iklan; Rokok; Televisyen; Remaja sekolah; Luar bandar
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33853
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33853.pdf] Text
33853.pdf

Download (4MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

33853

Indexing

Statistic

Statistic details