Majalah komik Gempak: satu kajian kes / Mior Mohd Shahril Mior Sharifuddin

Mior Sharifuddin, Mior Mohd Shahril (1999) Majalah komik Gempak: satu kajian kes / Mior Mohd Shahril Mior Sharifuddin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tujuan dan matlamat: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang rekaan kulit hadapan, ruangan editorial, ruangan muka tengah, proses penghasilan dan juga perkembangan komik Gempak. Penulis juga akan mengkaji mengenai gaya-gaya yang digunakan oleh pelukis komik Gempak di samping mengkaji mengenai kelainannya. Selain itu, penulis juga akan mengkaji mengenai penerimaan komik Gempak terhadap pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah, Melaka.

Kaedah dan metadologi: Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat bagi membuat tesis ini, penulis telah menggunakan dua kaedah. Penulis menjalankan penyelidikan dengan kaedah Data Primer dan Data Sekunder. Melalui Data Primer, sumber penulis adalah dari dapatan melalui pemerhatian. Manakala Data Sekunder pula merupakan dapatan sumber daripada analisis dokumen melalui rujukan buku, suratkhabar, majalah komik, internet dan juga melalui perpustakaan.

Keputusan: Kajian ini telah dapat mengupas faktor-faktor tertentu seperti cara penggunaan rekaletak, proses yang dilalui, pengaruh budaya komik, dan juga gaya yang digunakan oleh pelukis komik Gempak. Terdapat juga perubahan dan juga kelainan yang telah cuba dilakukan oleh penerbit sepanjang penerbitannya. Banyak penemuan serta bukti yang telah diperolehi daripada kajian ini

Rumusan: Daripada pengkajian dan penyelidikan, ternyata bahawa dunia penerbitan komik ini adalah suatu dunia baru yang perlu dipandang serius serta semakin mendapat sambutan. Ini dapat dibuktikan dengan penerimaan komik-komik yang telah dihasilkan oleh pelukis-pelukis Gempak yang telah mula mendapat perhatian antarabangsa serta diiktiraf oleh kartunis-kartunis luar. Diharapkan agar hasil penulisan ilmiah ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi kegunaan pelajar-pelajar di institusi pengajian dan juga orang-orang tertentu

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mior Sharifuddin, Mior Mohd Shahril
97154212
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Drawing for reproduction. Illustration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Graphic Design (AD241)
Keywords: Majalah; Komik Gempak; Rekaan kulit hadapan
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33721
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33721.pdf] Text
33721.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

33721

Indexing

Statistic

Statistic details