Identiti korporat pada sesebuah kafe: kajian kes-kafe Coffee Bean & Tea Leaf / Amelia Ahmad Lathfi

Ahmad Lathfi, Amelia (1999) Identiti korporat pada sesebuah kafe: kajian kes-kafe Coffee Bean & Tea Leaf / Amelia Ahmad Lathfi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Nama kafe Coffee Bean & Tea Leaf sudah tidak asing lagi kini bagi penduduksekitar Lembah Klang khasnya dan umumnya di Malaysia kini. Kafe Coffee Bean dan TeaLeaf ini merupakan nama bagi sebuah kedai kopi ataupun restoran kecil yang menyajikan pelanggan minuman ringan yang tertumpu kepada kopi dan teh juga menyediakan makanan ringan serta ia berkonsepkan layan diri. Untuk itu tujuan identiti korporat pada kafe tersebut diperlukan untuk memperkenalkan kehadirannya disitu. Maka dengan ini,tercetuslah idea untuk membuat analisis bagi mengetahui lebih lanjut tentang kekuatan identiti korporat kafe Coffee Bean ini kepada masyarakat sekeliling. Kepentingannya juga dibuat analisis ini bukan sahaja untuk masyarakat sekeliling bahkan juga untuk pengetahuan pelanggan, pelancong dan juga kepada pengusahanya sendiri mengenai kedudukan identiti korporatnya. Di sini penulis cuba mengkaji serta menyelidiki mengenai identiti korporat pada kafe tersebut, kepada pelanggan dan masyarakat setempat umumnya. Penerimaan dan pemahaman pelanggan juga masyarakat amatlah perlu di dalam menjayakan usaha ini. Oleh yang demikian sejauh manakah kekuatan identiti korporat kafe ini serta penerimaannya sejajar dengan arus pemodenan negara ini. menerusi skop kajian ini penulis akan cuba mencungkil mengenai identiti korporat kafe ini berdasarkan daripada data-data dan maklumat-maklumat yang diperolehi. Di samping itu juga, kaedah yang digunakan untuk meneliti, mengetahui, mencari bukti dan mengumpul fakta-fakta iaitu dengan mencari bahan-bahan di perpustakaan, melawat ke tempat tempat ataupun kafe-kafe yang dikaji untuk mengambil gambar dan meneliti dengan lebih dekat ciri-ciri ataupun unsur -unsur yang ada persamaannya pada kafe lain serta yang ada pada kafe Coffee Bean dengan menilai kekuatan identity korporatnya.Pemasalahan yang wujud ialah apabila masyarakat sekelilignya mengangap identiti korporatnya tidak penting serta sama sahaja dengan kafe-kafe lain yang ada disekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur kerana pada mereka ia seolah membawa konsep perniagaan yang serupa seperti yang mereka lihat dari bahagian luarannya sahaja tanpa berusaha untuk menilai dan mengetahui tersurat dan tersiratnya sesuatu seni reka ataupun kepentingan sesuatu identiti korporat itu dalam memainkan peranan untuk menjayakan perniagaan kafe tersebut.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33684.pdf] Text
33684.pdf

Download (702kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

33684

Indexing

Statistic

Statistic details