Abstract
Imej fotografi pada papan iklanpelancongan merupakan satu bentuk komunikasi melalui penglihatan dengan tujuan untuk menyampaikan, mempengaruhi seterusnya memberikan kesan emosi kepada khalayak penerima. Sesuatu imej fotografi pada papan iklan pelancongan yang menarik, mampu memberi gambaran awal tentang destinasi pelancongan yang dipaparkan. Imej fotografi juga adalah merupakan satu bahan komunikasi visual yang menyampaikan sesuatu cerita, menyampaikan maklumat dan bertujuan memujuk.Setiap imej yang kreatif yang menggabungkan nilai-nilai estetika akan lebih dihargai dan mesej akan mudah diterima dengan lebih baik oleh masyarakat umum. Selain itu juga daya tarikan terhadap imej yang digunakan perlulah mengambarkan imej yang bersesuaian terhadap mesej yang ingin disampaikan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Khairul Anuar, Ibrahim khairulphoto80@gmail.com Md. Nagib, Padil Tourismo_1@yahoo.com Mohd Nuri, Yaacob mnuri@perak.uitm.edu.my Mohammad Firdaus, Azman moham275@perak.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Advertising H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Advertising campaigns H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Methods. Outdoor advertising. Billboards. Posters |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 34-37 |
Keywords: | Imej Fotografi, Papan Iklan Pelancongan |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33315 |