Abstract
Pergerakan jisim sama ada batu, lempung atau tanah menuju ke arah
bawah cerun dikenali sebagai tanah runtuh. Tanah runtuh mendatangkan
kesan-kesan buruk seperti kerosakan harta benda dan kehihangan nyawa
terutamanya di kawasan yang berkepadatan penduduk tinggi. Pelbagai
pihak telah mengambil inisiatij sama ada menyediakan garis panduan
atau menghasilkan teknologi dalam menangani masalah tanah runtuh ini.
Parut tanah runtuh adalah permukaan yang terdedah pada cerun akibat
daripada pergerakan jisim bumi dimana kejadian tanah runtuh bermula.
Penulis berpandangan bahawa pengetahuan dan data-data parut tanah
runtuh mempunyai 3 potensi dalam praktikal Kejuruteraan Awam iaitu
panduan tambahan lokasi pengambilan sampel tanah, panduan
tambahan lebar bahu jalan dan simulasi dan ramalan. Potensi parut
tanah runtuh diperincikan dan dijelaskan dengan mengambil contoh data
-data parut tanah runtuh yang telah dikumpul. Penulis juga
mencadangkan bagaimana pengetahuan dan data-data parut tanah
runtuh boleh dinilai dan ditentukan potensinya dalam praktikal bidang
Kejuruteraan Awam. Lemparan idea dan pandangan ini diharapkan
dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberi panduan atau
maklumat tambahan terutamanya dalam mengenalpasti risiko tanah
runtuh dan ramalan kesan-kesan akibat runtuhan tanah. Disamping itu,
ianya diharapkan dapat mencetuskan idea untuk kajian-kajian pada
masa depan dalam menggunakan pengetahuan dan data-data parut tanah
runtuh ini berserta panduan tambahan garis panduan sedia ada supaya
kesan-kesan negatif akibat tanah runtuh dapat dielakkan atau sekurangkurangnya diminimakan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz mfairuz@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > Geomorphology. Landforms. Terrain G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators. Environmental degradation > Environmental disasters T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Environmental engineering |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Kolokium UiTM Pahang 2007-2008 |
ISSN: | 9789832607182 |
Event Title: | PROSIDING KOLOKIUM 2007-2008 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG |
Page Range: | pp. 129-142 |
Keywords: | Parut tanah runtuh, Potensi, Praktikal dan bidang Kejuruteraan Awam |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33013 |