Abstract
Kajian terhadap rumah rumah tradisional dan bangunan-bangunan istana serta masjid-masjid di sekitar Semenanjung dan Kepulauan Melayu khususnya oleh para pengkaji dan pencinta kesenian senibina tradisional Melayu serumpun dan aspek-aspek berkaitan dengannya sememangnya tidak dapat dinafikan akan kepentingan dan nilainya dalam mengekalkan tradisi serumpun. Telah banyak buku- buku bahan rujukan dihasilkan ekoran kajiselidik dan pemerhatian yang dijalankan. Namun demikian, tidak dapat dinafikan juga semakin hari masih terdapatnya penambahan dan minat dalam bidang ini yang tidak putus putus dari perlbagai pihak. Justeru kesedaran tentang betapa perlunya nilai nilai kesenian dan senibina tradisional silam perlu dikekalkan terus menerus, maka kajian ini dihasilkan atas usaha yang sama berbekalkan minat dan keinginan ingin memupuk kesedaran tentang kepentingan sedia ada. Kajian ini antara lain membuat pengkhususan ke atas senibina bumbung rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu bagi melihat dengan jelas akan keunikan yang terdapat disebalik rekabentuk yang nyata berbeza berbanding dengan kebanyakan senibina bumbung rumah rumah Melayu lainnya di Pantai Barat Semenanjung.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Ahmad Tarmizi 87706659 |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Architecture |
Keywords: | Bumbung, Kelantan, Terengganu |
Date: | 1991 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32821 |
Download
32821.pdf
Download (4MB)