Beberapa aspek kearifan tempatan terhadap bahan alami yang digunakan dalam pengurusan jenazah rantau alam Melayu / Muhammad Yusri Yusof @ Salleh ... [et. al]

Muhammad Yusri, Yusof @ Salleh and Afandi, Abd Rahim and Paiz, Hassan and Abd Munir, Mohamed Noh and Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidin (2017) Beberapa aspek kearifan tempatan terhadap bahan alami yang digunakan dalam pengurusan jenazah rantau alam Melayu / Muhammad Yusri Yusof @ Salleh ... [et. al]. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 14-25. ISSN 2550-214X

Abstract

Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, ilmu yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan keunikan sesuatu bangsa. Kearifan tempatan adalah hasil daripada tindakbalas masyarakat Melayu dengan alam sekeliling sebagai satu ikhtiar hidup dan memberi
manfaat kepada keseluruhan masyarakat. Kajian ini bermatlamat mengkaji unsur dan amalan yang bersifat kearifan tempatan dalam pengurusan jenazah yang telah dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Antara unsur kearifan tempatan yang wujud dalam pengurusan jenazah adalah seperti fungsi kemenyan, sintok, gunting, kacip, daun bidara, air mawar, cerana dan kapur barus. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian kepustakaan dan temubual sebagai instrumen kajian. Kajian kepustakaan menumpukan kepada kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan berkaitan unsur kearifan tempatan samada dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja persidangan. Temubual dijalankan kepada pengurus-pengurus jenazah terpilih menggunakan Kaedah Temu bual Terperinci (In-depth Interview) di mana penyelidik menemubual berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Pendekatan kajian teks (matan) juga digunakan bagi meneliti secara kritikal berkaitan penulisan-penulisan yang telah dilakukan oleh sarjana Islam Melayu berkaitan pengurusan jenazah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad Yusri, Yusof @ Salleh
yusri613@perak.uitm.edu.my
Afandi, Abd Rahim
UNSPECIFIED
Paiz, Hassan
UNSPECIFIED
Abd Munir, Mohamed Noh
UNSPECIFIED
Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidin
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 14-25
Keywords: pengurusan jenazah, Melayu
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31706
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 31706.pdf] Text
31706.pdf

Download (133kB)

ID Number

31706

Indexing

Statistic

Statistic details