Kajian perbandingan bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal di KLPAC dan Istana Budaya / Sofia Fadilah

Fadilah, Sofia (2017) Kajian perbandingan bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal di KLPAC dan Istana Budaya / Sofia Fadilah. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ilmiah ini memfokuskan kepada sistem pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal dalam premis kesenian yang ada di Malaysia iaitu Pentas Seni Kuala Lumpur dan Istana Budaya melalui kajian perbandingan merujuk kepada MS ISO 9001 (2008) dan juga aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif kajian yang dibuat juga berdasarkan persoalan kajian yang telah dibentuk iaitu mengetahui bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal sedia ada yang dilaksanakan oleh KLpac dan Istana Budaya, kedua dalam mengkaji bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal yang dilaksanakan oleh Istana Budaya dan KLpac mengikut kehendak MS ISO 9001(2008) dan juga menilai perbezaan penyelenggaraan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di KLpac dan Istana Budaya. Justeru itu, kajian akademik ini mengambil pendekatan dengan menggunakan kaedah kualitatif sebagai medium pengumpulan data dalam melengkapkan penyelidikan ini dimana menggunakan kaedah temubual dan juga pembacaan bahan ilmiah. Berdasarkan pendekatan ini didapati bahawa pengurusan penyelenggaraan di kedua-dua premis adalah sistematik dan sekaligus dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja yang terlibat. Saranan kajian seterusnya pada masa akan datang adalah berkenaan bidang pengurusan selenggaraan juga khursusnya kepada majikan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Fadilah, Sofia
2014249032
Subjects: T Technology > TH Building construction
T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Pengurusan Industri Kreatif (FF226)
Keywords: Pentas Seni Kuala Lumpur, Istana Budaya, MS ISO 9001
Date: March 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31324
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SOFIA FADILAH FF B 17_5.pdf] Text
PPb_SOFIA FADILAH FF B 17_5.pdf

Download (386kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31324

Indexing

Statistic

Statistic details