Abstract
Konsep self determination lazimnya digunakan dalam bidang kajian psikologi social manusia. Kajian ilmiah ini akan memfokuskan kepada konsep self determination yang terdapat pada pemaparan watak wanita di dalam filem Embun (2002) arahan Erma Fatima dan filem Paloh (2003) arahan Adman Salleh. Kajian ini akan mengupas watak dan perwatakan wanita menerusi filem tersebut melalui tiga ciri utama konsep self determination iaitu autonomy, relatedness dan competence. Kajian ini juga akan menganalisa pemaparan self determination melalui dialog dan visual dalam watak wanita yang dikaji. Hasil kajian ini memperlihatkan kedua-dua watak wanita ini telah mengangkat ciri-ciri self determination dalam memperjuangkan emansipasi dan hak wanita pada zaman penjajahan di Tanah Melayu. Disamping itu, penggunaan dialog-dialog watak wanita yang disulami dengan kritikan dan semangat perjuangan juga menggambarkan perwatakan wanita yang berani untuk menuntut kebebasan diri dan bangsanya. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif iaitu melalui analisa teks dua filem yang dipilih, kajian perpustakaan serta sumber internet.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Nur Shaeda 2014884324 |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion pictures and women. Women in motion pictures. Including gifted women, feminism, and feminist films |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Pengurusan Industri Kreatif (FF226) |
Keywords: | Watak dan perwatakan, filem, sinopsis |
Date: | March 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31313 |
Download
PPb_NUR SHAEDA ABD RAHMAN FF B 17_5.pdf
Download (255kB)