Abstract
Latihan ilmiah ini memfokuskan tentang projek penulisan antologi cerpen Jeritan Jiwa. Cerpen ini berdasarkan kajian terhadap teori strukturalisme dinamik dari puisi Bicara, Kupilih Curiga dan Demi Sebuah Mimpi karya Sahrunizam Abdul Talib. Objektif kajian yang pertama ialah mengenalpasti teori strukturalisme dinamik melalui kajian terhadap puisi-puisi yang dipilih. Objektif kedua ialah menganalisis teori strukturalisme dinamik dari puisi-puisi yang dipilih. Objektif ketiga pula mengaplikasikan hasil dapatan analisis dalam puisi-puisi yang dipilih. Di dalam kajian ini, penulis akan meneliti pada struktur naratif puisi Bicara, Kupilih Curiga dan Demi Sebuah Mimpi. Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah kualitatif. Oleh itu, diharapkan kajian terhadap teori strukturalisme dinamik dari puisi Bicara, Kupilih Curiga dan Demi Sebuah Mimpi mampu mencapai objektif serta diaplikasikan hasilnya ke projek penulisan antologi cerpen Jeritan Jiwa.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Malik, Nor Dalila 2014197973 |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Authorship. Authors > Technique. Literary composition, etc. > Style P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature > Fiction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Pengurusan Industri Kreatif (FF226) |
Keywords: | Antologi, kesan, puisi dan cerpen |
Date: | March 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31300 |
Download
PPb_NOR DALILA AB MALIK FF B 17_5.pdf
Download (1MB)