Abstract
Filem merupakan sebuah medium untuk mengekspresi dan berkomunikasi secara nyata ataupun tersembunyi. Antara elemen terpenting dalam sesebuah filem adalah mise-en-scene kerana ianya mempengaruhi naratif sesebuah filem tersebut. Oleh yang demikian, kajian ilmiah ini memfokuskan kepada teknik pencahayaan filem dan perkaitannya dengan pop art yang dikaji menerusi filem Suspiria (1977) arahan pengarah Itali, Dario Argento. Mengisahkan tentang seorang penari balet, Suzy
Bannion, yang melalui pelbagai kejadian aneh dan misteri di Tanz Dance Academy. Filem ini dipilih sebagai teks penelitian kerana penulis akan mengupas bahawa filem Suspiria merupakan sebuah filem yang bermain dengan teknik pencahayaan yang berunsurkan pop art kerana filem ini banyak bermain dengan elemen warna pencahayaan dan setiap satunya mempunyai makna dan perlambangan yang tersendiri. Penulisan ini akan menggunakan teori pencahayaan dan pop art yang dikaji menerusi visual yang terdapat dalam filem Suspiria. Menerusi penulisan ini, dapatlah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai kesan dan makna pencahayaan berunsurkan pop art dalam filem Suspiria. Sekaligus, menambahkan pemahaman pembaca mengenai teknik pencahayaan filem dan pop art secara keseluruhan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saadon, Muhammad Syarafi UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Pengurusan Industri Kreatif (FF226) |
Keywords: | Pop Art, pencahayaan |
Date: | March 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31214 |
Download
PPb_MUHAMMAD SYARAFI SAADON FF B 17_5.pdf
Download (89kB)