Tahap perancangan pengajaran menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Malaysia / Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunus Kassim

Othman, Mohd Syaubari and Kassim, Ahmad Yunus (2018) Tahap perancangan pengajaran menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Malaysia / Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunus Kassim. Journal of Contempory Islamic Studies, 4 (1). pp. 84-105. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

ajian ini bertujuan untuk menyelidik perancangan pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah menerusi pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di Malaysia. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definisi dan kemahiran mencipta analogi yang di lihat dalam tiga komponen utama perancangan pengajaran guru iaitu perancangan pendokumentasian, perancangan dari segi komitmen guru dan perancangan pelaksanaan dipilih sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif menerusi instrumen soal selidik. Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu 0.82173. Seramai 402 orang guru pendidikan Islam dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuensi dan min serta sisihan piawai. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati amalan perancangan pengajaran di dalam mengintergrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah sederhana tinggi (min = 3.84) berdasarkan perancangan komitmen (min = 3.95), perancangan pendokumentasian (min = 3.93) dan perancangan pelaksanaan (min = 3.65). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat bagi mempertingkatkan tahap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Mohd Syaubari
syaubari@gmail.com
Kassim, Ahmad Yunus
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: 0128-0902
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 84-105
Keywords: Perancangan pengajaran, Guru pendidikan Islam, KBAT, Sekolah rendah
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30408
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30408.pdf] Text
30408.pdf

Download (348kB)

ID Number

30408

Indexing

Statistic

Statistic details