Abstract
Kepimpinan adalah merupakan tunjang utama kejayaan bagi pentadbiran sesebuah organisasi. Tanpa keutuhan dalam pucuk pimpinan, pastinya sukar untuk diwujudkan keberkesanan dalam pentadbiran yang dijalankan. Oleh yang demikian, proses pembentukan pemimpin adalah merupakan elemen utama yang seharusnya dititikberatkan dalam melahirkan seorang pemimpin berkarisma tinggi. Perkara utama yang perlu dinilai ialah keseimbangan dalam diri individu yang melibatkan aspek jasmani dan rohani yang mematuhi keperluan syariah. Justeru, kertas kerja ini bertujuan membincangkan konsep penyelidikan yang dijalankan melalui gabungan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Menerusi kajian ini juga, kedua-dua aspek tersebut akan diterokai secara mendalam bagi menjelaskan pemahaman yang tepat dalam konteks kepimpinan pelajar. Hasil penerokaan tersebut akan diperluaskan dengan melihat tahap siginifikan masing-masing dengan kelestarian pemimpin berkarisma dalam kalangan pelajar universiti. Secara dasarnya, kedua-dua aspek insaniah iaitu jasmani dan rohani berupaya mendatangkan impak dan pengaruh yang besar terhadap kelestarian pemimpin berkarisma dalam kalangan pelajar universiti agar sentiasa mematuhi kehendak syariah Islamiyyah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sarkam, Mohd Kamarul Amree kamarul@upnm.edu.my Mohamed, Hasan Al-Banna UNSPECIFIED Mohamad, Mohd Hamran UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contempory Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | 0128-0902 |
Volume: | 3 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 67-84 |
Keywords: | Kepimpinan berkarisma, Jasmani, Rohani, Pelajar universiti, Patuh syariah |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30335 |