Analisis penggunaan komik Kaifa Haluka sebagai medium mempelajari asas bahasa Arab / Mohammed Iqbal Badaruddın ...[et al.]

Badaruddın, Mohammed Iqbal and Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakım and Mohd Zawawi, Mohd Zafian and Zakaria, Muhamad Zaidi and Mohd Yusof, Mohd Islah (2018) Analisis penggunaan komik Kaifa Haluka sebagai medium mempelajari asas bahasa Arab / Mohammed Iqbal Badaruddın ...[et al.]. In: Kelantan International Learning and Innovation Exhibition (KILIEX), 15 August 2018, Dewan Profesional, UiTM Kelantan Branch.

Abstract

Perkembangan dunia dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih fleksibel dan mudah. Walaubagaimanapun, ianya boleh menjadi isu apabila kelebihannya tidak dimanfaatkan sebagai metod pembelajaran yang berkesan. Begitu juga pembelajaran secara tradisional boleh menyebabkan pelajar bosan dan tidak bermotivasi. Sehubungan dengan itu, satu inovasi komik digital pertama dengan penggunaan dwibahasa iaitu bahasa Arab (secara transliterasi) dan bahasa Melayu diketengahkan dengan tujuan menambahbaik proses pembelajaran, khususnya bahasa Arab. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau sejauhmana penggunaan Komik Kaifa Haluka berupaya dijadikan medium mempelajari Bahasa Arab. Berdasarkan tinjauan, komik ‘kaifa haluka’ ini berupaya memberikan impak yang baik kepada
para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab terutamanya terminologi dan frasa asas dalam pertuturan. Penggunaan transliterasi sebagai panduan bacaan serta imbasan Qr-Code untuk mengakses video menjadikannya satu kelebihan dan novelti. Komik ini telah melalui fasa pembentangan di Staf Invention, Innovation & Design (SIID) UiTM Kelantan dan memperoleh pingat emas di samping anugerah ciptaan dan produk komersial terbaik. Ianya juga telah dibentangkan di International Invention, Innovation & Design (iiiD) di UiTM Seremban dan Invention, Innovation & Design Exposition (iiDEX) di Shah Alam dan memperoleh pingat gangsa. Sumbangannya dapat dilihat apabila mendapat respon penerimaan positif oleh pelajar UiTM Kelantan sebagai alat bantu belajar dan telah melalui fasa komersial untuk pengguna luar seperti guru bahasa Arab dan orang awam.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badaruddın, Mohammed Iqbal
iqbal686@uitm.edu.my
Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakım
UNSPECIFIED
Mohd Zawawi, Mohd Zafian
mohdzafian@gmail.com
Zakaria, Muhamad Zaidi
muhazaidi@uitm.edu.my
Mohd Yusof, Mohd Islah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries > Alphabets. Calligraphy. Initials
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: Kelantan International Learning and Innovation Exhibition (KILIEX)
Event Dates: 15 August 2018
Page Range: pp. 56-59
Keywords: Inovasi pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran interaktif, penggunaan komik digital ‘kaifa haluka’
Date: 15 August 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30264
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30264.pdf] Text
30264.pdf

Download (444kB)

ID Number

30264

Indexing

Statistic

Statistic details