Abstract
Kutipan tiket bagi semua filem tempatan semakin menurun dari tahun ke tahun. Kutipan tiket pada tahun 2015 adalah sebanyak RM52 juta, kutipan pada tahun 2017 adalah RM50 juta tapi kutipan semua filem tempatan sehingga bulan Julai 2018 adalah hanya RM20 juta. Para penyelidik mengaitkan kutipan ini berpuncak daripada tenaga kerja (modal insan) dalam industri itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual informan daripada industri filem di Malaysia. Dapatan kajian mendapati informan secara berulang telah mengkategorikan permasalahan tenaga modal insan dalam industri filem di Malaysia kepada enam kategori permasalahan iaitu Permasalahan Kekurangan Dana dan Modal, Mutu Skrip, Ketiadaan Skrip Simpanan dalam Bank Skrip di FINAS, Perebutan Slot Tayangan, dan Kelemahan Naratif. Hasil dapatan ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan dan pihak industri untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian dan meningkatkan potensi tenaga modal insan dalam industri perfileman di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haja Mohaideen, Abdul Razak UNSPECIFIED Abu Bakar, Mohd Syuhaidi syuhaidi@salam.uitm.edu.my |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > General special. Including criticism, aesthetics, etc. Film genres. Semiotics. Illusion in motion pictures |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi (FK) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0128-2379 |
Volume: | 13 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 41-56 |
Keywords: | Industri filem Malaysia, Tenaga Modal Insan, FINAS |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30194 |