Abstract
‘PublikART’ merupakan projek pembinaan Arca Awam yang dilaksanakan di Iskandar Puteri, Johor Baharu, Johor. Projek ini diadakan sempena ulang tahun kesepuluh Iskandar Malaysia. Objektif projek ini adalah mewujudkan ruang seni yang menjadi sebahagian daripada cara masyarakat mengalami persekitaran awam dan ekspresi terhadap identiti budaya Malaysia khususnya di Johor Baharu. Projek ini melibatkan kaedah penyelidikan seni praktik studio. Ia merujuk kepada pendekatan Refleksi Kritikal Kendiri (Critical Self-Reflection) dan kolaborasi antara pengarca bersama kumpulan penganjur projek seperti Khazanah Nasional Berhad (KNB), UEM Land Berhad (UEML) dan Creative Direction & Lead Consultant (labDNA). Matlamat utama bahawa Seni Awam dapat membantu mewujudkan tempat-tempat yang lebih baik dengan menjadikan ia unik dan menarik. Seni Awam secara tidak langsung melibatkan penghayatan masyarakat setempat untuk menarik minat dan menceritakan kisah tempatan tentang tempat itu dan menjadi bantuan kongsi untuk menjalinkan semangat ukhuwah di kalangan penduduk baru. Seni Awam juga membantu untuk menghidupkan ruang-ruang awam dengan menjadi tumpuan yang mampu mewujudkan ruang interaksi dan perhimpunan sosial. Fenomena semasa iaitu ‘Gaya Hidup Digital’ menjadi tema dalam proses pembikinan Arca Awam ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aznan, Omar aznano73@gmail.com Junidsyazji, Basharuddin j_deltar@yahoo.com |
Subjects: | N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 4 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 40-52 |
Keywords: | Arca Awam, Seni Awam, Gaya Hidup Digital |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29983 |