Gangguan seksual di tempat kerja : Tinjauan undang-undang / Shamsinar Rahman and Suria Fadhillah Md Pauzi

Rahman, Shamsinar and Md Pauzi, Suria Fadhillah (2019) Gangguan seksual di tempat kerja : Tinjauan undang-undang / Shamsinar Rahman and Suria Fadhillah Md Pauzi. Gading Journal for the Social Sciences, 22 (00): 14. pp. 124-129. ISSN 2600-7568
Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v22i00.206
Abstract

Gangguan seksual adalah subjektif. Ini menyebabkan ramai yang masih kabur tentang maksud konsep ini. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa gangguan seksual adalah perbuatan berbau seksual yang bukan berlandaskan sukarela mangsa kepada golongan yang dominan di tempat kerja. Gangguan Seksual merupakan suatu fenomena negatif di tempat kerja yang boleh memberi kesan buruk kepada mangsa dan organisasi. Kesedaran orang ramai amat perlu berhubung dengan gangguan seksual ini kerana ia bukan sahaja melibatkan seorang individu malahan ianya juga boleh mengakibatkan terjejasnya produktiviti organisasi. Mangsa yang pernah mengalami gangguan seksual akan sentiasa dihantui oleh masalah ini dan merasa jiwa mereka tertekan. Mereka akan merasa marah, terhina, malu dan takut serta menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Kajian ini bertujuan untuk melihat peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan permasalahan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 29446.pdf]
Text
29446.pdf
Download (181kB)
Indexing & Metrics