Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana para pelajar dapat memahami konsep pengurusan melalui aktiviti perniagaan secara berkumpulan. Semua pelajar yang terlibat merupakan pelajar di peringkat pra diploma dalam bidang perdagangan seramai 155 pelajar. Selain itu, kajian ini turut bertujuan mengenalpasti kesan aktiviti kepada kemahiran insaniah para pelajar terlibat. Melalui maklumbalas secara bertulis yang diterima, aktiviti perniagaan secara berkumpulan ini banyak membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhannya, pembelajaran melalui aktiviti perniagaan berkumpulan dapat membantu pelajar memahami konsep pengurusan dengan lebih jelas dan meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Nor Hidayatun norhidayatun@uitm.edu.my Mohd Zaki, Suhanom suhanom@pahang.uitm.edu.my Awang Kader, Mohd Aidil Riduan aidilriduan@pahang.uitm.edu.my Mazlan, Fadzlun Farhana fazlunfarhana@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > UiTM Press Pahang |
Journal or Publication Title: | Gading Journal for the Social Sciences |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
ISSN: | 2600-7568 |
Volume: | 22 |
Number: | 00 |
Page Range: | pp. 111-116 |
Keywords: | Aktiviti Perniagaan, Kemahiran Insaniah, Keyakinan Diri, MDAB |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29381 |