Abstract
Muzium menurut ICOM adalah sebuah pusat yang tidak mencari keuntungan, namun sebalik sebagai institusi yang bertanggungjawab mengumpul, mendokumen, memelihara, mempamer dan menginterpretasi bahan-bahan bukti khazanah warisan untuk manfaat awam pada masa kini dan generasi akan datang. Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah factor-faktor yang menyebabkan pengurangan pelawat di Muzium Sabah. Responden-responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pekerja sector awam, kakitangan sekolah St. Agnes dan masyarakat awam di daerah Tamparuli
dan Tuaran. Borang soalselidik telah diedarkan bagi pengumpulan data-data ini untuk laporan Kertas Projek. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa factor utama pengurangan pelawat ke Muzium adalah kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat awam mengenai fungsi yang dijalankan oleh Muzium. Kajian ini juga telah mendapati bahawa terdapat segelintir responden yang tidak pernah melawat ke Muzium Sabah di mana kekerapan yang biasa adalah setahun sekali. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada pihak Muzium
Sabah dapat mempelbagaikan lagi aktiviti-aktivitinya yang melibatkan semua golongan masyarkat terutama sekali di kalangan generasi muda bagi memupuk kesedaran untuk mencintai khazanah lama. Setelah mengetahui factor-faktor penyebab bagi penyusutan pelawat ke Muzium
Sabah maka dapatlah pihak pengurusan organisasi ini memperbaiki beberapa kelemahan dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak Muzium khasnya Muzium Sabah.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Gualin, Monica 2000243477 Soluping, Saimah 2000243724 Boyong, Josephine 98560597 |
Subjects: | A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) > Educational aspects A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) > Description and history of museums > By region or country, A-Z > Asia > Other Asian countries, A-Z > Malaysia G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Heritage tourism. Cultural tourism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma in Public Administration |
Keywords: | Muzium ; Pelawat; Sabah |
Date: | October 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26956 |
Download
26956.pdf
Download (1MB)