Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus ‘visual research design’ dengan menggunakan pendekatan multimedia untuk jabatan tahun satu, Fakulti Seni Lukis Seni Reka, UiTM / Mumtaz Hj Mokhtar

Hj. Mokhtar, Mumtaz and Abu Bakar, Nazri and Abd Majid, Mazlan (2005) Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus ‘visual research design’ dengan menggunakan pendekatan multimedia untuk jabatan tahun satu, Fakulti Seni Lukis Seni Reka, UiTM / Mumtaz Hj Mokhtar. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai untuk kursus Visual Research Design (selepas ini VRD 101) yang merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh semua pelajar Tahun Satu di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (selepas ini FSSR). Penyelidikan ini dijalankan di empat cawangan FSSR, Universiti Teknologi MARA. Empat Fakulti tersebut ialah FSSR UiTM Kedah, FSSR UiTM Perak, FSSR UiTM Melaka dan FSSR Kelantan. Kaedah tinjauan (survey research), digunakan untuk penyelidikan ini. Sejumlah 139 respondan adalah terdiri daripada 9 orang pensyarah dan 130 orang pelajar yang terlibat dengan kursus VRD 101. Soal selidik adalah merangkumi kajian mengenai latar belakang, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alat bantu mengajar, termasuk penggunaan komputer atau multimedia. Selain itu kaedah temubual dan rakaman visual juga digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai projek yang dijalankan bagi kursus VRD 101. Penyelidikan ini mendapati. bahawa terdapat kepelbagaian dan perbezaan dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alat bantu mengajar dan suasana pembelajaran yang dikendalikan di keempat-empat kampus UiTM. Justeru itu satu pendekatan multimedia bagi kursus VRD 101 boleh diguna pakai untuk menyeragamkan kaedah pengajaran dan pembelajaran VRD 101 dengan menitikberatkan pengaplikasian multimedia yang berasaskan web yang mengambilkira elemen-elemen ‘Computer Based Instruction’ semasa menyusun isi kandungannya. Pengaplikasian ini adalah diyakini dapat digunakan di seluruh kampus selaras dengan hasrat UiTM untuk mencapai status universiti bertaraf dunia.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj. Mokhtar, Mumtaz
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Nazri
UNSPECIFIED
Abd Majid, Mazlan
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Visual education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Student aid
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: Alat Bantu Mengajar; Multimedia; Computer Based Instruction.
Date: October 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26907
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_MUMTAZ HJ MOKHTAR RMI K 05_5.pdf] Text
LP_MUMTAZ HJ MOKHTAR RMI K 05_5.pdf

Download (107kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

26907

Indexing

Statistic

Statistic details