Abstract
Rekreasi tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Kita sebagai manusia mempunyai kehendak ke atas rekreasi. Rekreasi merupakan satu aktiviti di mana kita boleh menghilangkan tekanan dalam diri kita. jika dahulu aktiviti rekreasi adaiah bersifat pasif namun sekarang ianya teiah berubah selaras dengan perubahan teknologi moden masa kini. ianya teiah berubah kepada aktiviti bersifat aktif dan agresif bersesuaian dengan zaman sekarang di mana manusia iebih berminat dengan aktiviti yang lebih iasak dan mencabar. Taman rekreasi bertema ataupun taman tema begitu digemari dimasa ini, jika dahulu negara Barat dikatakan memonopoli perkembangan awal taman tema. Ia akhirnya menjadi ikutan negara-negara lain dan amat digemari oleh penduduk di dalam dan luar negara. Salah satu taman tema yang popular adalah Disneyland, di Amerika Syarikat. Menyedari akan potensi tersebut, maka Malaysia juga telah memperkenalkan taman tema ini. Buktinya adaiah dengan wujudnya banyak taman tema di Malaysia sekarang ini.Walaubagaimanapun, taman tema juga seperti bangunan yang telah lama wujud yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan ianya dapat berfungsi dan bertahan untuk jangkamasa yang lama. Sekiranya kerja kerja penyelenggaraan tidak dilakukan kemungkinan tempoh hayatnya tidak dapat bertahan lama tambahan pula konsep taman tema yang menggunakan elemen air sebagai elemen utamanya. Oleh kerana itulah ianya perlu menitikberatkan aspek-aspek penyelenggaraan. Secara ringkasnya, dissertasi ini akan mengkaji sistem penyelenggaraan air dan kemudahan rekreasi di Bukit Merah Laketown Waterpark, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Diharap penulis dapat membuat rumusan kepada kajian yang dijalankan. Kesimpulan dan cadangan akan dibuat untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainol, Zarina 98160990 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hamid, Md. Yusof UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair T Technology > TH Building construction > Building failures, errors, defects, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) |
Keywords: | Sistem penyelenggaraan, Bukit Merah Laketown, Waterpark, kajian kes |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26787 |
Download
26787.pdf
Download (112kB)