Abstract
Projek akhir Rekabentuk Dalaman diperingkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Sebagai projek semester akhir penulis telah memilih skop dalam rekaan retail shop. Rekaan retail shop merupakan salah satu cabang dalam Rekabentuk Dalaman yang memerlukan pemikiran yang strategik dan kefahaman yang tinggi dalam prinsip rekabentuk kerana ianya melibatkan aspek-aspek yang menitik beratkan elemen-elemen daya penarik untuk meraih pelanggan dan memberi suasana yang sesuai denagn sasaran pelanggan selain dari aspek-aspek psikologi.teknikal dan binaan. Produk pilihan untuk projek ini adalah Echo park,salah satu produk keluaran Malaysia yang semakin popular dan berkembang.Sebagai penaja kepada B-Boys Malaysia dan artis di Malaysia, Echo Park telah berbangga dengan produknya yang terdiri daripada kasut,pakaian,aksesori,beg,topi dan jam yang semakin popular dan menjadi pilihan remaja dan artis kerana imejnya yang nampak cool sentiasa.Berbeza dengan produk popular yang lain seperti Tropicana dan Wild Channel,Echo Park mempunyai tarikan yang tersendiri kerana produk Echo Park lebih menitik beratkan hip hop life dimana remaja yang suka berfesyen boleh memajukan diri mengikut garis panduan fesyen di Echo Park.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Akhir, Zuraidah 2003126614 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hazim, Zulkarnain UNSPECIFIED Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED Advisor Abdul Rani, Rusni UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh, Perak |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26669 |
Download
26669.pdf
Download (357kB)